Tuesday, January 19, 2016

Hello 2016!

Assalamualaikum. Boleh tahan lama jugak tak update blog ni, bersawang sudah laman sesawang ni sampai 7 bulan. Peh! Lepaih ni bila pulak nak update tak tau la.. Mungkinkah tahun depan? Heee

New addition to our family

Alhamdulillah, Kak Wan dah selamat melahirkan
putera sulung kami di penghujung 2015. Dok tunggu punya tunggu baby tak keluaq-keluaq jugak, ingatkan dia nak jadi baby new year laaa Sekali dia buat suprise pulak nak keluaq 28/12/2015 (1.44pm). Memang surprise sungguh laaa HAHA

Awatnya tak surprise, konon-konon pagi tu kami pi hospital nak check bukaan je since memang dah overdue kan? Sekali scan, doktor bagitau baby besaq & dia advise untuk Kak Wan bersalin secara czer sebab takut risiko baby tersangkut bahu kalau bersalin normal, so terus kena tolak masuk OT 

Sebab proses bersalin tu cepat sangat & tak sangka boleh bersalin hari tu jugak tambah pulak baby besaaaqqq Kak Wan takes time jugak la nak terima kenyataan yang Kak Wan dah jadi mak anak dua. HAHA Tapi apa-apa pun Kak Wan bersyukur sebab Allah permudahkan proses bersalin kali ni. Masuk OT elok-elok ja azan zuhur, doktor & staff pun baru lepas lunch, mood diorang pun ok - happy siap gelak-gelak boleh buat lawak lagi, tak stress. LEGA!

Kak Wan kena dok hospital pun tak lama. Maybe memang prosedur hospital kerajaan kot, kalau bersalin czer kena dok hospital 2 malam saja. Btw, Kak Wan bersalin kat Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Ward ok sebab blok ni building baru (dengaq cerita la), doktor ok, nurse pun friendly, parking jugak ok sebab ada parking bertingkat yang attached sekali dengan wad wanita & kanak-kanak, bill?? Lagi okkk Tak silap Kak Wan, bill kami pun tak sampai RM200. Macam tak percaya kan?? Kalau pi private hospital mau la kena charge sampai ribu-ribu-ribu  Kak Wan tak mampooo

Hannah

Hannah excited gila dapat adik. First time jumpa adik dia memang tak berhenti la kiss pipi budak tu sampai dia naik rimas. Haisshhhh ciwi nak mampsss HAHA Tu la, first time ada adik kan? Tapi Hannah memang takot gila bila dengaq baby nangih. Bila dia nampak adik dia nak nangis mula la dia gabra - pekup telinga, cari orang nak peluk atau dia nak ajak masuk bilik. Kira 4-5 hari jugak la dia amik masa untuk biasakan diri, nasib baik jugak la Popo cuti lagi masa tu boleh la nak melayan Hannah.

Nak dijadikan cerita, tahun ni jugak Hannah start masuk tadika. Pening kepala la jugak dok pikiaq macamana nak hantaq & amik dia. Ye la, Kak Wan dalam pantang lagi kan? Semua benda nak jadi time ni ja jugak T.T

Tapi nasib baik la Pn.Kumah ada & tadika tu dalam taman ni jugak, so boleh la pi hantaq jalan kaki sajiaaaa Tapi masa first week tu dia dok buat nak ngelat jugak la pi tadika. Mula-mula ok, then buat-buat malas bangun pagi, esok tu buat perangai taknak pi tadika, then sorok beg sekolah dalam store room konon, then sorok beg sekolah dalam bilik pulak. Haihhhh Banyak akai betui. Uniform? Hmmm Tak pernah pakai. Nak pakak baju frozen dia saja okkkk Tiba-tiba hari Sabtu hari tu dia dok isi pampers & botoi ayaq dalam beg sekolah, suruh hantaq pi tadika. Pulaaakkkk

Macam-macam betui la hang ni Hannahhh HAHA Start last week dia dah ada semangat baru & pi tadika pun pakai uniform elok jaaa Masa mandi pagi pun dah takdak drama. Semoga semangat ini berkekalan hendaknya 😅

A photo posted by Wan Azwani (@wawanazwani) on
Post a Comment