Thursday, June 11, 2015

Resepi Tofu Sumbat / Tofu Filled Fritters (using the Philips Air Fryer) by Chef Marina

Ok. Masa tunggu keputusan pemenang Fatcheck for a Healthy Heart Grand Cook Off anjuran Institut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysia hari tu ada cooking demonstration by Chef Marina Mustafa (Penulis buku & chef) dan Ms. Mary Easaw (Chief Dietitian di IJN).

Untuk entry ni KakWan share resepi dari Chef Marina dulu ok? =)




Resepi Tofu Sumbat/ Tofu Filled Fritters (using the Philips Air Fryer)

Bahan-Bahan/ Ingredients
8 biji tofu goreng, potong di bahagian tepi (fried tofu balls, snipped to open sides)
3 biji tofu lembut, dicincang (soft tofu, mashed)
1 biji cili merah, dicincang (red chili, chopped)
1 biji cili hijau, dicincang (green chili, chopped)
1 sudu besar daun bawang, dicincang (Tbsp chopped spring onions)
1/2 sudu besar halia (Tbsp ginger, chopped)
1 biji bawang besar, dicincang (onion, chopped)
3 ekor udang besar, dicincang (large prawn meat)
1 biji telur yang siap dipukul ( small egg, beaten)
1 sudu kecil tepung (tsp plain flour)
1/2 sudu kecil garam (tsp salt)
1/2 lada sulah (tsp pepper)

Cara/ Method

  1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk, kecuali tofu goreng. (Place all the ingredients except the fried tofu balls, into a bowl.
  2. Gaulkan bahan tadi hingga sebati. (Mash everything together and mi well)
  3. Masukkan bahan yang digaul ke dalam bukaan tofu goreng. (Scoop the mashed tofu mix into the snipped tofu balls, at the opening)
  4. Penuhkan ruang dalam setiap tofu goreng dengan bahan yang digaul sehingga habis. (Press it firmly in and proceed to fill all the fried tofu balls till full and finished)
  5. Masukkan tofu goreng yang telah diisi tadi ke dalam Philips Air Fryer yang telah dipanaskan (Place the filled tofu in a preheated Philips Air Fryer)
  6. Masak selama 12 minit. (Cook for 12 minutes)
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili. (Serve immediately with chili sauce)

Senang sangat kan? Bahan je yang nampak banyak tapi nak buat tu kejap je. Hehehe Sesuai untuk jadikan hidangan minum petang di hari minggu bersama keluarga atau juadah untuk berbuka puasa nanti. Selamat mencuba! =)



Post a Comment