Tuesday, June 9, 2015

Fatcheck for a Healthy Heart Grand Cook Off

Last week KakWan dapat lagi sekali invitation ke event Philips Malaysia. Thank you PhilipsMY! Kalau sebelum ni ke event masak-masak dengan Chef Zam & bloggers, kali ni Philips organized cooking competition pulak - Fatcheck for a Healthy Heart Grand Cook Off anjuran Institut Jantung Negara (IJN) dan Philips Malaysia, di AEON Big, Mid Valley Megamall.

Macam yang kita tau, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia - kejadian serangan jantung adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 dalam setahun. Penyakit jantung berpunca dari diet seharian kita yang sukakan makan bergoreng dan berkolestrol tinggi nasi kandaq, pisang goreng cheese, burger bakaq cheese, meleleh, fast food perrrggghhhh mengakibatkan arteri tersumbat dan meningkatkan kadar serangan jantung dan juga serangan stroke. Nauzubillah!

Atas dasar memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia terhadap penyakit jantung, IJN telah menganjurkan Fatcheck for a Healthy Heart Grand Cook Off dengan kerjasama Philips Malaysia. Seramai 6 pasukan telah berjaya ke peringkat akhir - Team La-Last Minutes, Safron, Foodwrapz, BFF 97, Muhibbah,  & La the Girls Va! Nama team depa kelles uollsss Kalau ampa nak tau, para peserta ini terdiri dari wargakerja IJN dan keluarga atau rakan-rakan mereka.

Menu masakan yang depa hidangkan memang sangat menarik, dari masakan local sampai la western semuanya menggunakan Philips Air Fryer sebagai medium utama untuk memasak. Haaaa..Sapa sangka kari pun boleh masak guna Philips Air Fryer uolls, kreatif kan?





Haaaa Team Muhibbah tu la yang KakWan kata depa masak kari tu.. siap dengan capati lagi haaa Hehehe Nama hidangan depa Fish Curry & Chapatti, La Last Minute - Light Shrimp & Spinach Quiche, BFF97- Stuffed Chicken & Foodwrapz- Mongolian Chicken Wrap.


Berikut adalah senarai pemenang untuk Fatcheck for  Healthy Heart Grand Cook Off:

Pemenang tempat pertama: Team Safron
Nama hidangan: Herbs Crusted Fish
Hadiah:  Philips Viva Collection AirFryer (bernilai RM 1,699) & Philips Electric Pressure Cooker (bernilai RM649) setiap seorang

Pemenang tempat kedua: Team BFF97
Nama Hidangan: Stuffed Chicken
Hadiah:  Philips Viva Collection AirFryer (bernilai RM 1,499) &Philips Electric Pressure Cooker (bernilai RM529) setiap seorang

Pemenang tempat kedua: Team Muhibbah
Nama Hidangan: Fish Curry & Chapatti
Hadiah:  Philips Viva Collection AirFryer (bernilai RM 1,499) setiap seorang

Penerima hadiah saguhati, Team Foodwrapz, La Last Minute & La the Girls Va
Hadiah: Philips Soymilk Maker (bernilai RM529) setiap seorang


Hadiah disampaikan oleh Mr. Muhammad Ali Jaleel, Country Manager for Philips Group of Companies in Malaysia. Tahniah diucapkan kepada peserta! KakWan harap Philips Malaysia akan organize lagi event-event yang best macam ni, memberi kesedaran tentang kebaikan cara hidup dan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan warga Malaysia yang sentiasa sihat dan cergas =)








Post a Comment