Tuesday, March 10, 2015

Tips masuk rumah baru: Tips mengesan defect pada rumah berkaitan dengan bekalan air.

1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang berkaitan dengannya ada.

2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.

3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh panjat tengok tangki dulu.

4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.

5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.
Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).

6. Check saluran paip dalam bilik air untuk pastikan saluran tak tersumbat. Saluran paip yang tersumbat boleh sebabkan leaking pada ceiling. Cara mudah nak check saluran paip adalah semasa cuci rumah. Sambil cuci rumah, biarkan paip air di setiap bilik air terbuka. Kita boleh nampak jika ada air bertakung / tak mengalir masuk ke dalam saluran paip - menunjukkan tanda saluran paip tersumbat. Kemudian check ceiling rumah (tingkat bawah) untuk tengok ada kesan air atau tidak. Jika ada kesan air seperti kekuningan / basah / air menitik bermakna ada paip yang bocor dekat dengan kawasan tersebut.

6. Mangkuk tandas pun kena test. Kalau air tak lancar, maybe sebab kontraktor ada buang lebihan simen dalam mangkuk tandas.
Post a Comment