Monday, March 9, 2015

Tips masuk rumah baru: Peralatan yang diperlukan semasa check defect pada rumah baru siap.

1. Masking tape - Sangat penting benda ni, digunakan untuk menanda defect yang ada pada rumah. Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda. Contohnya kalau ada crack pada dinding, cat tidak sekata, kepala paip senget, sambungan paip bocor & etc. Kalau boleh guna yang jenis permukaan lebar (untuk mudahkan kerja menulis dan senang orang nampak) & jenis yang tak mudah bergulung sebab kalau mudah bergulung masking tape ni akan mudah tanggal dari permukaan dinding.

2. Sharpie - Senang nampak bila tulis jenis / kod defect atas masking tape. Kak Wan lebih suka guna sharpie berbanding marker pen sebab tulisan tak akan kembang & senang dibaca.

3. Batang mop / penyapu - Digunakan untuk mengetuk tiles sama ada hollow (kosong) atau tidak. Sesetengah orang ada yang terus pecahkan tile yang hollow, ada jugak yang tandakan dengan masking tape. Tiles perlu diketuk satu persatu ok? Memang renyah sikit, tapi kena buat jugak! (Sebab tu la guna kayu yang panjang, so tak perlu tunduk-tunduk untuk mengetuk tiles)

4. Kertas A4 - Tuliskan senarai defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari. Contohnya: cat 1 - dinding 3, bilik utama. (Sesetengah developer akan bekalkan defect form masa kita collect kunci rumah, isi form tersebut & kita perlu submit kepada mereka untuk kerja pembaikan)

Once dah submit defect form kepada management office / developer, boleh la tunggu depa mai repair defect tu. Cepat submit, cepat la depa mai repair. Kalau lambat submit, rumah lain pulak dah submit defect form lagi awai dari kita, memang kematu vontot la nak tunggu turn depa nak mai repair rumah kita. Hehehe.
Post a Comment