Monday, March 31, 2014

Pengalaman Mengandung & Ada Fibroid: The procedure PART 1

Semenjak-dua-tiga-menjak ni hormon jadi macam hormon remaja pulak. Bila nak period - tumbuh jerawat. Kalau biasa-biasa ja tak pa la, ni nalaaaa punya jerawat batu tumbuh kat pipi - sakit pulak tu! Muka pulak jadi extra berminyak, kalau perah letak kat kuali memang terus boleh goreng telur dadar. Haha!

Tapi nasib baik segugut tu dah kurang, Alhamdulillah. Kalau tak dulu memang selalu merasalah (masa anak dara & few months lepas bersalin) Sakit masa anak dara tu maybe sebab ada fibroid & sakit lepas bersalin tu sebab dinding rahim tu mengecut/mengembang so kat yang ada parut tu memang sakit lah. 2-3 kali period jugak la rasa sakit tu sampai KakWan pi buat check-up & scan perut. Satu, takut kalau fibroid tumbuh balik. Dua, takut kat tempat yang kena operate dulu tu bocoq! Haha! Bodo! Ok. KakWan memang kuat fikir yang bukan-bukan ok? Imiginasi memang tinggi sangaaaatttt Hahahaha

KakWan tak penah share lagi kan macam mana KakWan boleh operate buang fibroid tu dulu? Macam ni, macam yang ampa tau sepanjang pregnant dulu memang KakWan check-up & being monitored by HKL. I've been advised by KK to deliver in hospital kerajaan sebab hospital swasta tak boleh ambik kes kelahiran yang berisiko tinggi. So, bila dah selamat melahirkan Hannah, KakWan ingat cepatla boleh buang fibroid tu - tapi tak. Kena tunggu 6 months lagi baru boleh buang. 6 MONTHS! Lama tu deknon!

So kitorang pun seek for second opinion -which is at KPJ Tawakkal, memang berjiran dekat sangatlah dengan HKL tu. FYI, masa kat HKL dulu KakWan tak dak specific Gynea, so everytime pegi mesti check up dengan lain-lain doktor & fed up nak ulang bagitau benda yang sama, lagi fed up bila dapat Gynea yang muda / lelaki sebab diorang macam tak faham & kerek semacam. Seteghessss Tapi, nak buat macamana kan? I don't have any option at that time, or maybe ada tapi KakWan yang tak tahu since I'm a new mummy-to-be yang takdak experience & tak tahu apa-apa.

Aaaaand masa kat KPJ Tawakkal, sama jugak - my Gynea cakap KakWan kena tunggu another six months untuk prosedur buang fibroid tu sebab rahim KakWan tak cukup sihat / kuat lagi for another trauma after delivering baby. Keciwa lagi sekali.

So how? Nak tak nak kena accept la kan? Sedih tu memang la sedih. Banyak benda kena hold selagi tak buang fibroid ni. Tambah-tambah lagi pasal kerjaya. Ada dua offer yang KakWan reject masa tu - Memang pujuk hati kata tu bukan rezeki KakWan je la. Kalau tak maybe la ni KakWan dah jadi Town Planner. Kan? Tapi tak pa lahhh That's what I dreamed & planned before, but Allah is The Great Planner after all. Mungkin rezeki KakWan bukan kat situ.

A month after the check-up, KakWan sakit perut. Memang selalu rasa sakit macam tu bila perut masuk angin, lepas makan panadol & tido ok la. Tapi kali ni punya sakit memang lain macam lah, lama sangat sakit sampai ke tengah malam, sakit-sakit-SAKIT-SAKIT yang GILA BABI PUNYA SAKIT!! Terus ajak Popo pi hospital. Masuk je emergency room, nurse inject kat bontot (pain killer kot?) terus tertidoq & bila jaga terus baik! Oi magic sungguh rasa! Lagi magic bila my Gynea mai kat KakWan tanya "You nak buang fibroid you hari ni tak?" Oiiiii Pucuk dicita ulam mendatang kot??? Kecik tapak tangan, Stadium Penang saya tadahkaannnnn Tapi tak kata macam tu la kat beliau, KakWan mampu S E N G I H jaaaaaaaa Sengih tanda setuju! Hehehehehe

Ok. Esok sambung lain! Dah macam panjang sangat pulak entry ni =P





Post a Comment