Friday, March 28, 2014

Hannah Oh! Hannah: Cherry-berry hari-hari

Lama tak buat entry pasai Hannah kan? Bukan tak nak buat, tapi asyik bertangguh. Gambar dah siap cari letak dalam satu folder, tapi entry tak up-up jugak. Hehehe For those yang follow instagram KakWan memang dah tau kan Hannah admitted hospital?

Macam ni, after 6 days Hannah cherry-berry tanpa henti, we decided to bring her to pediatrician. Bukannya sengaja nak biar dia sengsara sampai 6 hari tu, but she looks so fine - aktif, lari-lari, gelak-tawa, tengok tv, tidoq semua ok macam biasa ja tapi bila bab poo-poo Naaaahhhh Memang bagaikan letusan lava lah! Kadang-kadang sampai 5-6 kali dia cherry sehari, abis melecet pepet dia. Memang kalau nak basuh poo-poo tu jenuh bersilat jugak la. Shiaaannn T.T

Macam Semalam pagi sebelum jumpa Paed, 3 kali ok dia cherryyy (Sekali masa bangun tidoq- 6am sekali masa sebelum breakfast- 7am & sekali sesampainya kitorang kat hospital- 8am) Ha kauuu Sejam sekali cherry! Kau hado?? Tapi masa ni tiba-tiba dia jadi good girl sangat, selesai ja sesi "letusan" terus tarik tangan KakWan nak basuh verak =)

Nasib kitorang baik sebab masa pegi hospital semalam tak payah tunggu lama & terus jumpa doktor. Doktor suggest Hannah admit for one night untuk bagi drip sebab dia dah dehyrated lama sangat (berat badan susut 1 kilo) & buat blood test - nak check sama ada dia positif dengan rotavirus / kencing tikus or not - The result is N E G A T I V E memang tak dak simptom-simptom tu Alhamdulillah!!! So might be cherry-berry ni berpunca dari keracunan makanan. Ah. Sudaaaahhhh Bila pulak aku bagi anak aku makan rachon??


FYI, ada 5 kes yang sama jugak sehari sebelum kitorang ke hospital. Bila buat blood test, 4 kes tu sama macam Hannah - food poisoning, yang lagi sorang tu border line - positif kencing tikus! Atutnye.. Doktor jugak bagitau bilangan kes ni mula bertambah starts from water rationing hari tu. Bila dam mengering teruk, kepekatan air & micro organisma dalam air tu jadi tak balance so mendorong kepada macam-macam penyakitlah. Kids la yang paling senang kena jangkitan-jangkitan ni kan? Haishhh

Hannah ni sejak masuk hospital ni tak poo-poo la pulak. Just muntah teruk sekali masa first time minum air garam tu je. Lepas tu cargassss macam biasa. Acaner tu? Terkejut jumpa nurse setengah jam sekali kot? Kalau macam tu jom balik la. Mami lama dah verangans nak bawak Hannah pi tengok hot air balloon kat Putrajaya weekend ni!!! T.T


Post a Comment