Saturday, November 16, 2013

Review: Jari Spa

Alhamdulillah. Major event for this year dah selesai. Gila lah. Almost a week berlari-lari di KLCC & tak cukup tidoq. Mata letih gila sampai tak boleh nak cover. Memang panda abisss Hahaha

Nasib baik semalam dapat balik keja awai. Terus berdesup cari spa nak urut badan. Dan sampai lah KakWan ke rumah urut spa di Wangsa Maju. Jeng jeng jenggg


Lama dah tengok-tengok spa ni. Tapi tak pernah masuk. Ye lah, sebelum ni rasa macam tak perlu sangat ke spa. Tapi kali ni memang naaaakkkk sangat-sangat-sangat. Nak pebetui balik urat-urat kat kaki yang bersimpui especially  sebab banyak jalan la kata kaaann

So, lepas belek-belek pakej yang ada KakWan amik scrub & whole body massage - RM 159. Luckily tak ramai orang, lepaih tu teruih ja masuk mengurut.

First, dia scrub my whole body. Amboiii dia punya tonyoh macam banyiak gila daki kat badan aku - especially kat pelipat-pelipat & kaki. Lepas tu mandi buang scrub dari badan - badan rasa bersih je uollsss

Then dia start massaging - once dia letak jari kat kaki KakWan rasa macam lembutnya kulit i uollsss Rasa macam tak sia-sia i amik pakej scrub tersebut. Haha! Tapi bila dia start tekan-tekan & urut kaki, KakWan memang rasa macam nak sepak muka dia pun ada sebab geli bercampur saket. Buleh bayangkan dak? Tergelak-gelak kami dua orang kat dalam bilik tu. Tu tak cerita bab urut pinggang lagi. KakWan sampai pegang tangan dia kata "Stop sat. Geliiii HAHAHAHA"

Finally dia urut kat kepala la yang paling sedap sekali. Rasa macam nak mintak dia urut lama-lama sikit. Tapi yang pasti lepas kena urut satu badan memang badan rasa ringan sikit la. Angin kat bahagian perut & rahim pun macam hilang sikit. Kalau tak asyik rasa bloated & tak selesa.



Masa nak bayaq tu Manager dia tanya tak nak amik pakej-pakej lain ka? Isk. Aku nak amik pakej apa? Dah selesai massage dah pun kan? Tapi KakWan bagi chance dulu dia explain pakej yang ada. Tak rugi pun kalau dengaq kan? Then dia bagitau la:

New promotion package: 5 sessions of body scrub, body steam & body massage is only for RM 499. No expiry date! Anytime boleh datang tapi kena buat appointment dulu.

Bila congak-congak balik.. jadi RM 100 per session. Murah oi! Terbeliak bijik mata KakWan! Lagi murah daripada session yang KakWan amik tadi. Siap ada body steam lagi tuuu Teruih habaq kat dia ok. Saya nak amik pakej ni. Hahaha (Adakah aku sangat cepat terpengaruh?) Rasanya tak kotttt Memang dok plan nak pi massage lagi lepaih ni. Hehehe

Yeay! So my session kali ni includes dalam harga RM 499 ni. Jari Spa still hutang 1 session body steam - sebab tak buat semalam. KakWan ada lagi 4 sessions nak mai. 1 session nak bawa Pn.Kumah & 1 session nak bawak Popo =)

For your info, Jari Spa kat Wangsa Maju is for LADIES ONLY. So kalau nak ber-spa bersama suami / boyfriend ampa boleh pi Jari Spa di Publika yaw! Tak sabaqnya nak pi the next session ^^


Post a Comment