Friday, October 25, 2013

Product review: Pure Beauty Collagen

Setelah lebih 10 hari consuming Pure Beauty Collagen, hari ni KakWan akan bagi review about the product la. Jom baca bagi yang berminat:

Packaging: Kotak dah cantik - elegant & classy, tapi sachet dia nampak macam biasa sebab plain sangat. Maybe boleh letak branding Pure Beauty Collagen & ingredients dia kat situ. So at least bila ada product launch depa boleh display by sachet tu and kalau bagi kat visitors by sachet pun visitors boleh baca the ingredients masa kat rumah. Kan?

Texture: Memandangkan Pure Beauty Collagen kena bancuh dengan ayaq kosong suhu bilik, so texture dia akan jadi berketul-ketul bila bancuh guna sudu (Alaaa senang nak explain kira macam ampa bancuh ayaq Milo guna ayaq suhu bilik la. Dia jadi berketul-ketul kan? Haaa macam tu la. Hehe) except kalau ampa guna shaker & shake shake shake sampai serbuk tu betui-betui larut baru la larutan tersebut tak berketul-ketul

Taste: Sedap! Rasa berries! Nothing to comment about the taste of Pure Beauty Collagen. Yums!

Ingat tak dulu yang KakWan penah bagi senarai kebaikan Pure Beauty Collagen? Jom kita recap balik. Cewah! Macam kat TV pulak. Hehehe

  1. Meningkatkan imunisasi badan
  2. Menyembuh luka dalam dan luaran dengan cepat serta mengelak parut
  3. Cergas dan bertenaga sepanjang hari
  4. Menyah toksin dalam badan
  5. Tona kulit lebih cerah dan sekata
  6. Parut lama, pigmentasi, stretch mark makin pudar 70% - 80%
  7. Menyembuh jerawat dan penyakit kulit
  8. Menghilangkan kedutan dan garis halus 
  9. Kesan pencerahan ketara
  10. Perlindungan UV dari dalam
  11. Merangsang pertumbuhan rambut

No. 1, 2 Macam tak rasa sangat pun.

No. 3, 4 Masa first day consumed Pure Beauty Collagen ni, sakit sangat badan - lenguh satu badan, selesema makin teruk & sangat rasa nak demam. Maybe effect minum Pure Beauty Collagen tu kot? Dia nak buang toksin dalam badan, tapi makin lama badan rasa makin bertenaga & kurang mengantuk.

No. 5, 6 Tona makin cerah tu tak la sangat kot? Sebab to be honest KakWan tak berapa nak ada masalah ni, tapi bab stretch mark makin pudar tu YA! Tapi tak la sampai 70% - 80% tapi nampak la perubahan tona stretch mark tu yang dah kurang gelap. Seperti yang sedia maklum, KakWan menghadapi masalah black head kat hidung, dah lama dah cari solution macam mana nak hilangkan blackhead & licinkan permukaan hidung - memang Pure Beauty Collagen la penyelesaiannya! Ni baru pakai 10 hari, cer imagine kalau KakWan consume Pure Beauty Collagen secara konsisten? Mesti kulit lawa uollsssssss

No. 7, 8 Alhamdulillah KakWan tadak masalah jerawat sangat, kadang-kadang ja dia mai serang time period. Tapi rasanya hari tu naik jerawat besaq & sakit gila kat dagu, maybe sebab kurang minum ayaq kot? Dalam masa 2 hari jerawat tu kecut & langsung tak tinggalkan kesan parut. Bab kedut-kedut tu susah nak komen sebab KakWan memang tak berkedut lagi. Hahahaha Ok. Tak lawak! But honestly KakWan nak habaq, since consume produk ni kulit muka KakWan rasa sangat lembap & pores macam dah mengecil sikit. Lagi sekali nak ulang, tu baru consume 10 hari, cer imagine kalau KakWan consume Pure Beauty Collagen secara konsisten? Hehehe

No. 9, 10 Hmmm No comment, sebab kulit KakWan pun tak dak masalah bab ni. So kira kulit maintain warna yang sama sampai hari ke-10. Hehehe

No. 11 Bab merangsang pertumbuhan rambut tu KakWan tak sure sangat, tapi yang pasti sepanjang penggunaan produk ni, kelemumur kat kepala KakWan memang kurang. Even kalau KakWan tak syampoo rambut 2 hari pun, kelemumur masih terkawal. Memang hilang terus! Best gilaaaa

Nak tambah no. 12 boleh? Produk ni jugak sangat membantu dari segi pelawasan. Memang sesuai untuk depa yang ada masalah sembelit. Sangat!!

Maka berakhirlah my honest review on Pure Beauty Collagen, why not if ampa pun try produk ni jugak? Memang tak rugi try produk ni terutama sekali bagi depa yang sangat mementingkan kecantikan & kesihatan.

So dear bloggers, pleased to inform that you are invited to Koperasi Kakitangan Malaysia Airports Berhad (KOMAB) collaborative partnership with Beauty and Health Wellness product, Pure Beauty Collagen as below:
Event“Pure Beauty Collagen: Embrace your Beauty”
LocationKhadijah’s Kitchen, No 35G, PV 128, Jln Genting Klang, Setapak, KL
Date: 31st October 2013
Time: 3pm - 5pm

For those yang interested nak attend the event, please email me at wan(dot)azwani(at)gmail(dot)com before 27 October 2013.

*You are entitled to get a complimentary box of Pure Beauty Collagen for review.

Thank you =)

Sekian. Muah! Muah!




Post a Comment