Thursday, October 24, 2013

Merajuk

Salam uollsss, lama dah KakWan tak cerita pasai keja kan? KakWan pernah mention dak lagi yang KakWan dah diserap masuk jadi kulikutip kat tempat keja KakWan tu? Iolss dah jadi staff kat situ uollsss Dah tamat dah zaman jadi trainee. Tukaq ke fasa baru pulak. Alhamdulillah =)

Rasanya dah tiga-pat bulan lagu tu la kot dah naik pangkat. Cabaran makin besaq laaa Responsibility pun buleh tahan besaq jugak. Kalau dulu attend meeting boleh lagi buat main-main, tapi la ni kena dengaq betui-betui, buat minutes bagai. Haishhh Event pun dah start kena handle. Banyak kali jugak la buat mistakes, so memang lesson learnt lah! Memo dari tak penah buat sampai jadi reti laaa Isi borang PRF apatah lagi kan? Haha! Memang tak percaya la yang aku buat semua tu. Sekian! Hahaha

Tengok. Nak cerita pasai merajuk ni sebenaqnya. Tapi sampai termelalut 2 perenggan. Haha! Lagu ni.. Since naik pangkat hari tu, KakWan pun verangans la nak beli keta baru, hari-hari ni dok google tengok keta apa yg paling sesuai nak beli, yang comel yet affordable. Nak pi keja ja uollsss So malaih la nak bersedan-sedan, sep la minyak sikit. Maklum laaa lokasi tempat kerja adalah super jauh dari rumah..

Sepanjang jalan pi keja pun hari-hari dok tengok keta apa la yang sesuai untuk ganti kan tempat keta sedia ada ni. Sampai sekali tu dok tengah pikiaq pasai keta baru, keta sedia ada ni tiba-tiba mampuih kat tengah jalan. Huwaaaa PDY merajuk uollsss So memang kena tolak pi tepi jalan. Benda tu pulak jadi time balik keja kan? Memang jalan yang sedia kala jem jadi maken jem! Nasib baik la ada abang moto berhati mulia tolong mai tolak PDY ke emergency lane T.T

Buat laporan kat En. Suami, maka datang lah beliau secara pakej lengkap bersama Hannah & Pn. Kumah untuk pungut KakWan di tepi jalan. Huuu Sedih. Sementara tunggu keta sejuk (temperature naik uollsss) pi la makan kat kedai makan yang berhampiran sambil pikiaq strategi nak bawak balik keta pi rumah ka nak tinggai keta kat situ.

Esok tu pi la hantaq PDY pi workshop - penyudahnya hangus jugak la RM1k ++ Macam-macam yang dah rosak pomen tu kata. Kalau ikutkan nak kena overhaul. Tapi macammm tak payah la kot? Gila nak bayaq buat overhaul tu sampai RM2k ++ Ceq tak cukup kaya lagi nak bayaq kat pomen sebanyiak tuuuu huuuu

So lepaih insiden tersebut KakWan pi keja macam biasa la, tapi kurangkan diri untuk bp verangans pasai keta baru. Tapi sekali tu tiba-tiba rasa macam tak sedap ja kat tayar belah kiri, bunyi pun lain maciammm jaaa Sekali berenti tepi jalan, tengok-tengok.. Tayar pecah uollsss Huuuu sedihhhh Dalam masa sebulan jadi 2 insiden pasai keta tersebut. Seperti biasa, buat laporan kepada En. Suami, maka datang lah beliau ke lokasi tersebut (tapi kali ni mai sorang ja sebab beliau mai dari tempat keja). Konon boleh tukaq tayar senang macam selalu la. Tapi harapaaannnn (harapan menjadi layuuuu) Tayar tu ketat uollsss Tak boleh cabut.

Nasib baik la ada abang pomen berhati mulia berenti kat tempat kejadian, so  & abang tu berganding bahu la cabut tayar dengan Popo. Tapi tak boleh jugak uollsss ketegaq sungguh tayar tersebut! Kami memang dok plan dah, satgi kalau ada tow truck lalu, tahan ja - berapa ja depa charge kita bayaq ja. Janji selamat sampai rumah. Tapi time kita nak tow truck tu lalu la yang dia tak lalu langsung hatta sebijik pun. Geram dak? Geraaaammmm KakWaaannn

Last-last depa dua cabut lagu mana ka tayar tu & kami naik motor pi workshop berhampiran. Nasib baik la ada 1 workshop ni bukak lagi, so dia bagi pinjam hammer ketuk tayar tu. Bila dah tercabut tu baru la tau yang plat tu dah berkarat teruk uollsss sebab tu susah nak bukak! Haihhh Lepaih satu.. Mai satu lagi masalah kan? Abang pomen tu memang tolong kami sampai siap la. Memang dia baik sangat! Susah nak jumpa orang macam ni. Masa nak balik tu dia kata "Tak tapi la dik, bagi iklah doh (ikhlas sudah)" Tapi hang sanggup ka nak bagi sepuluh ringgit ja kat abang tu secara ikhlas? Dia baik gila kot??? Memang kalau ada dua ratus ringgit dalam purse memang KakWan bagi dah kat dia semua, tapi apa kan daya, KakWan pun ada sekeping ja note biru kehijauan tu. So bagi kat dia sekeping ja T.T Memang sampai la dok rasa terhutang budi kat abang tu. Rasa macam apa yang KakWan bagi tu tak setimpal dengan usaha dia.

So the next month tu kononnya nak pi tukaq tayar baru & buat allignment balancing semua la. Sekali apek tayar tu tengok tayar depan dia habaq kena tukaq bracket tu sebab dah longgaq. Burnt lagi RM 700 ++ duit aku. Huwaaaa Kalau tak mau buat pun bahaya. So pejam mata & proceed je laaa Huuuu

Memang macam-macam kan? Ampa penah jadi lagu ni dak? Keta merajuk? Motor merajuk? KakWan memang selalu dok dengaq jugak la, kita kalau nak tukaq pakai keta baru, keta lama mesti buat hal. Tak sangka pulak benda ni jadi kat diri-sendiri. Memang sangat menginsafkanlah sebenaqnya. Takat ni la KakWan nak share story pasai kisah merajuk ni, walau hakikatnya panjang lagi cerita ni sebenaqnya.

Sekian. Terima kasih T.T




Post a Comment