Monday, July 1, 2013

Product review: Selsun Blue - Dandruff Treatment Syampoo (Medicated with menthol)

Hannah tidoq lagi for the second round. So KakWan nak gunakan kesempatan ni untuk update blog lagi la. Actually dah lama nak buat product review untuk Selsun Blue ni. Tapi asyik tertangguh. Kat office busy dengan keja, kat rumah busy nak main dengan Hannah. Kalau nak harapkan weekends pun tak boleh jugak. Sebab weekends selalunya busy keluar dating. Ehem!

My Hero ^^

I bet ramai ibu-ibu yang lepas melahirkan baby ada problem yang sama macam KakWan kan? Rambut berguguran secara maksima & kelemumur pun bermaharajalela di atas kepala. Geram oi!! Gatal sangat kepala & tak selesa. Seteghesss That is called as postpartum hair loss or keguguran rambut selepas melahirkan bayi.

Sedih uollsss bila tengok rambut berguguran di lantai. Di lantai ruang tamu, lantai bilik tidur, hatta lantai bilik air pun penuh dengan rambutku Bila bangun pagi tengok banyiaaakkk gila rambut melekat kat bantal T.T Kelemumur pun macam banyak ja membiak padahal hari-hari syampu rambut ni. Dia punya favourite spot nak tumbuh kelemumur tu kat area ubun-ubun kepala. Banyak gila. Nampak berkeping-keping kelemumur. Haisshhh

Dan disebabkan banyak sangat rambut yang gugur, memang nampak la rambut KakWan jaraaangggg especially kat depan. Arggghhh Seteghesss (lagi sekali) Sampai kena tegur dengan Pn.Kumah - Anak baru sorang tapi rambut dah jarang, anak 2-3 nanti lagu mana?? Lagi la buat KakWan susah hati T.T

Hmmm Sebelum guna Selsun Blue ni, banyak jugak la jenama syampu yang KakWan guna - dari murah ke mahal. Tapi problem tak solved jugak. Sat ja ok, then jadi balik. Kadang-kadang my scalp macam imbalance sebab ada tempat yang macam berminyak (especially kat ubun-ubun la) & ada tempat yang keringggg sangat! Heran la macam mana boleh jadi lagu tu! Benda ni ada kena-mengena dengan hormone ka? 

Dan setelah sekian lama buat research pasai syampu yang sesuai, maka KakWan ready untuk meleburkan melaburkan duit untuk beli syampu mahai ni pulak since banyak positive feedbacks dari pengguna syampu ni. Lagipun packaging dia nampak sangat meyakinkan. Nampak dia macam gagah ja nak membanteras pembiakan kelemumur kat atas kepala KakWan ni. Hehehe

So sehari lepaih applied syampu ni kat kepala, memang hilang la segala gatal-gatal tu. Kelemumur pun nampak nipis sikit sebelum dulu. Tapi yang tak tahannya, KakWan nampak ada uban 1 kat bahagian tepi kepala. Tak tau la effect chemical dia kuat sangat ka apa sampai beruban tu. Kulit muka pun jadi gatal-gatal. Maybe sebab tak bilas betui-betui kot T.T Tapi yang bestnya, 2-3 minggu lepas tu nampak la anak rambut  tumbuh balik kat kawasan-kawasan yang jarang tu & kelemumur totally hilang. Alhamdulillah ^^

Hehehe Kira since the first time KakWan pakai, sampai ke hari ni la KakWan setia dengan syampu tersebut. Dah masuk 5-6 bulan jugak la. Memang sangat berpuas hati. Just kalau ter-miss syampu lebih dari 2 hari baru kelemumur naik balik. Tapi after all semuanya in control ^^

So untuk counter balik ke-mahal-an syampu tersebut, KakWan pun guna la conditioning treatment wax ni. Sebab KakWan kalau syampu tak apply conditioner lepaih tu rasa macam tak complete. Heee Brand Watsons je uollsss (kalau tak silap harga RM 16.90) Tapi rambut tetap terasa lembut & wangi sangat! KakWan suka pakai yang olive sebenaqnya, tapi dah out of stock so try la pakai avocado. Yang pasti 2-2 best! Sangat refreshing! Rasa macam lepaih buat treatment kat salon ja setiap kali lepaih syampu =)

The sidekick ^^

P/s: Make sure lepaih syampu bilas betul-betul especially kepada breastfeed mummy. Takut nanti baby tertelan chemical yang still melekat kat badan korang pulak ^^
Post a Comment