Monday, July 1, 2013

My Singapore Trip #2

Salam uollsss Bersiaran lagi KakWan dari Kota Singa. Hannah tengah tidoq. Buleh la nak update sikit blog ni. Tiba-tiba rajin update blog kan??? Sangat sesuatuuu Haha! Ok. Back to the main topic, kali ni KakWan nak share tempat shopping untuk souvenir hunting di Singapore!!!

Tempat ni sesuai la dengan KakWan yang tak berapa suka tawar-menawar ni. Tak reti menawar & tak sampai hati. Sebab tu kalau shopping mana-mana KakWan akan buat research dulu tempat yang the lowest price so tak payah susah-susah nak bargain ^^

Ok. For those yang nak cari souvenir kat Singapore, I will suggest you to go to Chinatown! Tak payah la nak pi beli kat Bugis Street ka Mustafa Centre ka sebab kat sini memang confirm murah! Ampa buleh dapat 2 helai t-shirt dengan harga $5 or sehelai $2.90! Murah! Tapi KakWan tak beli sebab the main reason ialah nak cari fridge magnet sahajiaaa Hehehe

Fridge magnet kat Chinatown ni murah gila! Kalau kat tempat lain you only get 4 fridge magnets for $10 or busuk-busuk pun 5 pieces for $10. Tapi kat sini without bargain awai-awai lagi dia dah habaq 6 pieces for $10! 7 pieces for $10 pun ada! Rambang mata oi nak pilih. Berpeluh jugak la kat situ. Dengan nak memilih fridge magnet, dengan nak layan Hannah, dengan nak amik gambaq. Haha! Banyiak la benda murah kat sini. Dengan soft toy The Merlion la, shawl pun ada, macam-macam la. Tepuk dada tanya selera nak beli apa. 

Penat dah tulih. Jom layan gambaq yang tak semenggah ni. Hopefully dapat membantu la. Heee

Lokasi Chinatown ni adalah di Pagoda St. Kalau nak cab habaq ja kat driver tu kata nak pi Chinatown, teruih dia hantaq sampai depan jalan.
Fridge magnet yang menjadi igauan. KakWan rasa ampa beli kat mana pun kualiti dia tetap sama. Just harga je la yang lain-lain. So berbelanja lah secara berhemah. Ikut kemampuan poket masing-masing. Poket KakWan mampu dengan harga ni ja T.T

Kalau nak MRT akan keluar kot exit ni. Tapi kami silap exit, keluar kot mana ntah (tapi Chinatown jugak la) Merayap kat shopping malls area situ sampai give up. Nasib baik tanya kat sorang promoter depan kedai, dia habaq mai sini memang murah kalau nak beli souvenir. Luckily sampai jugak. Kalau tak sampai sini memang KakWan beli souvenir ala kadar je la kat Bugis St. =(

Ok. That's all for now. Bye ^^
Post a Comment