Saturday, June 22, 2013

Hannah Oh! Hannah: Admitted

*Lap habuk sat kat belog ni. Lama gila tak update. Mak busy noksss

Busy jaga badan. Amboi! Jaga la sangat. Badan tu tetap maintain je saiznyaaa Makin lebaq lagi dok ada la. Asyik dok pantang jumpa fooood jaaa Haha!

Actually KakWan baru baik demam je ni. Viral flu katanya. Perit la jugak. Tonsil bengkak, demam on & off, selesema, batuk, sakit tekak, sakit badan, sakit kepala, sakit sendi. Hari-hari pi clinic amik ubat & MC. Konon pi la hospital sekali on weekend lepas harapan nak kena admit, then boleh rest & lari sat daripada Hannah. Tapi harapaaannn Harapan menjadi layuuuu

Doktot kata KakWan tak perlu dok kat ward & dia bagi antibiotik yang terhebat jewww Tapi dia tak habaq pulak yang antibiotik terhebat tu mai dalam harga yang termahai pulak. Lap peloh oi! Lap peluh sebab nak bayaq bill mahai sangat. Tu tak admitted, kalau admitted?? Ghedhooo (Mahai dia tu macam bill bersalin secara bedah kat hospital kerajaan kelas 3, admitted 10 hari kat wad. Haaa Lap peloh lagi sekali)


Daaannn Disebabkan KakWan demam minggu lepas, minggu ni turn Hannah la pulak demam. Simptom sama sebijik macam KakWan. Malam-malam ja mesti badan dia panas gila! Kali ni tak boleh nak monitor temperature dia sangat sebab termometer hilang, ntah silap letak kat mana tak tau. Haish! Yang pasti memang malam-malam kena jelum dengan wet towel kat celah ketiak & bagi Hannah pakai lemon socks sebab nak kurangkan panas badan dia. Ubat? Susah gila nak bagi dia makan. Sebab dia sakit tekak kot? Jangan kata ubat, susu, bubur, nasi semua dia refuse nak telan. Sedih!

Paed bagitau tadi, dalam darah dia ada bacteria. Hmmp memang sama sejibik sejibon la macam KakWan last week. So depa bagi antibiotik, ubat demam, ubat selesema & ubat batuk je la. Bagi makan ubat kot syringe macam biasa, bukan kot drip. Ikut suka la kot mana pun, janji Hannah sihat. At least kalau dok hospital ni ada paed & nurses boleh paksa dia makan ubat on time & regularly monitor walaupun terpaksa tahan telinga dengaq patients lain menangis & menjerit-jerit dari ward lain. Anak aku pun kuat menjerit. So redha je laaa Hehehe

Bila dok lat ward ni baru nampak dia banyak tidoq sikit. Kalau kat rumah jangan harap laaaa 


Get well soon Baby!
Muah!!!

Post a Comment