Monday, June 3, 2013

Fooood

Semenjak dua tiga menjak ni rajin pulak KakWan upload gambaq food kat instagram. Sorry la no? Tiba-tiba jadi teruja yang amat sangat bila tengok those food. Haha! Nak jadi food blogger kah? Mampu? Hmmp Mampu bermimpi je lah!

Lets jom KakWan nak share kat mana KakWan dapatkan food yang marvelous tersebut. Mostly kat Cyberjaya lah. Sebab kat situ ja KakWan boleh makan dengan tenang. You got what I meant? Hehehe

Cakar ayam & goreng pisang

Eh! Yang ni bukan kat Cyberjaya. Hat ni gambaq kat kedai makan Kelantan yang penah masuk JJCM dulu. Tak ingat la apa nama kedai dia. Tapi yanh pasti kedai/gerai ni opposite Giant Batu Caves & berwarna merah & berbendera Kelantan! Yang KakWan order tu nama dia cakar ayam (kalau tak silap). Ubi keledek dipotong halus, celup tepung, goreng, siap! Makan panaih-panaih sedap weh! Yang berkongsi bakul dengan dia tu kalau ampa tak kenai memang sajiaaa laaa Hat tu coq pisaaanggg aka goreng pisang. Yums!

Hershey's sundae pie

Yang ni pulak Hershey's sundae pie. KakWan beli kat Burger King. Sedap tapi manis sangat! Kalau chocolate dia lagi thick memang purrrfect la kena selera KakWan. So KakWan bagi 6 bintang je la out of 10! Haha

Nasi kandaq Pelita

Ohhh Hat ni la kedai makan yang paling KakWan tertunggu-tunggu bila la dia nak start beroperasi nihhh Hari-hari lalu depan Pelita Cyberjaya sambil jeling sikit. Aarrgghh Tak bukak lagi. Lalu lagi esok tak bukak jugak. Sampai satu hari tu depa gantung banner habaq perasmian 16hb. Woohooo Seghonok habis uollsss Terus minggu depan tu pi buat QC check. Nyata tidak mengeciwakan! 9 bintang KakWan bagi! Sebab Pelita Chai Leng Park la yang tetap di hati Iollss

Sizzling yee mee

Sizzling yee mee. KakWan siap buat special entry kot kat beliau hari tu. Tak adil la kalau cerita pasai dia buat kali kedua di blog yang sama. Haha! This one kat Signature KLCC, boleh laaa tapi sizzling yee mee kat GIant batu Caves sedap lagi. So KakWan bagi kat dia 6 bintang jugaakkk

Nasi kerabu ayam percik

Ehem! Menu wajib hari Jumaat. Insyaallah la kalau rajin nak berjalan jauh & dan nak pi. Nasi kerabu ni kat Selera Alamanda. Jeuh ooo Tapi sedap punya pasai, tak pa. Ni pun 9 bintang jugak. Tak buleh bagi lebih sebab masa dok makan nasi kerabu ni KakWan dok teringat nasi kerabu pak cik anak hensem kat pasar malam USM. (Mungkin kalau yang dok cedok nasi ni hemsem KakWan akan pertimbangkan la nak tambah bintang ke tak. Haha)

Pasta Thailand style

Jeng jeng jeng. Ni bukan carbonara ok. Tapi memang pasta la, Thailand style. Nama dia ceq lupa tapi anda boleh dapatkannya di Q Thai, Streetmall Cyberjaya. Wahaha Promosiii Promosiii

Meatball

Last but not least, meatball ala cyber ok. Ingat Ikea & Abg.Burn ja ada meatball? Lap dulu ayaq lioq yang dok menitik tu. Hehe Yang ni kat Shaftsbury Square, Meatball & Takeaway nama kedai dia kalau tak silap. Lokasinya adalah di sebelah Killiney. Rasa dia? Boleh tahan, KakWan rasa sikit ja sebab hat tu Hani punya bukan KakWan punya. Haha! Kalau dia goreng garing lagi mesti superb! Sebab tadi macam lembik sikit meatball dia. Tapi yang pasti mash potato sedap & gravy pun sedap. Ok la. Ok la. 7 bintang. Ingat, kalau goreng garing sikit KakWan bagi 9 bintang. Haha! Tak boleh bagi 10 sebab 10 tu untuk meatball Ramly jaaa Hebatkan? Ikea pun kalah dengan meatball Ramly!

Actually banyak lagi yang boleh di review, tapi macam panjang sangat kalau nak letak semua kat entry ni. Tak pa. Next time KakWan cerita lagi naaa ^^
Post a Comment