Tuesday, April 23, 2013

Old School

Siang tadi lepas event Fisher-Price Parents Embassador Programme Launch (nanti KakWan buat special entry untuk event tu naaa Hehe) Kitorang pusing-pusing la Publika sat. Since my ex-officemates rindu nak jumpa Hannah, so KakWan suggested untuk meet up kat Wondermilk! Dah lama dah teringin masuk Wondermilk, tapi bila ajak depa time lunch hour mesti adaaa ja tempat lain yang depa nak pi. Fineee

Last-last aku dah keja kat tempat lain baru buleh merasa nak having lunch dekat Wondermilk ni kan? Haha! Dulu penah masuk situ sekali sebab tapau Kopi Cap Rusa. Memang sedap! Tadi pun Popo order 1 untuk dia, KakWan order Gold Rush guna secret ingredients kata diaaa Rasa macam menyesal pulak order. Rasa so-so je. Kalau tau baik KakWan order Kopi Beruang. Boleh tambah collection botol T.T

Tapi tak pa la, maybe next time kot? Hehe! Masuk ja dalam cafe tu tadi memang Popo dok tanya KakWan banyak kali, betui ka owner dia Muslim? Of course laaa Muslim, Islam. Tengok la dia siap juai Kufi Art lagi kat situ. Cantekkkk sangat. Lantas KakWan verangans nak letak satu kat dinding bila dah ada rumah sendiri nanti. Buleh? Hehe! Bila masuk satu corner tempat dia display barang sovenir, Popo impress gila bila nampak benda ni-


Dia kata old school gila kot? Benda ni dia dok main masa kecik-kecik dulu. Memang susah nak cari benda ni la ni. Haha! Kat Wondermilk semua benda dia comel-comel kot? Barang old school pun banyak. Masuk dalam tu kira makan minum dah bukan priority dah. Yang penting amik gambaq! Hehehe

Balik dari Publika, singgah KL Festival City sat pi Ellui (maybe this one pun kena buat special entry sebab baju & accessories kat sana sangat cantik & affordable untuk golongan pertengahan macam KakWan ni. Pertengahan ka? Bawahan kot?? Haha) Balik dari situ, sampai rumah terus pengsan tak sedarkan diri sampai ke petang. Waaahhhh Penat kot melayan Hannah! Beliau sangat tak reti dok diam & asyik berpusing-pusing berbelit-belit bila KakWan dukung. Geraaammm Bangun-bangun terus ajak Popo pi beli barang basah since weekend lepaih tak dan nak pi beli. Then terjumpa lagi benda old school.


Haha! Aummm Sekelip mata ja kot hadap benda ni, terus selesai! Alhamdulillaaahhhh ^^
Post a Comment