Thursday, April 4, 2013

Hannah Oh! Hannah: Pinky Tricycle

Setelah lebih kurang sebulan jugak la dok cari tricycle ni, at last jumpa jugak tricycle idaman dengan harga yang murah. Hehe!

Mula-mula Pn.Kumah mintak belikan walker untuk cucu dia ni, dia penat nak dukung Hannah kalau dia amik angin kat luaq rumah. Tapi beli walker di kala umur dah nak masuk 10 bulan (masa tu) macam tak praktikal jaaa Sebab la ni Hannah dah pandai meniti & memanjat. Then, ada one time masa kat KLCC KakWan ternampak ada pompuan Jepun tolak tricycle putih yang memang smart gila & of course lah dengan sekali imbas tengok pun tau harga tricycle tu mahai! KakWan tak mampu noks nak beli yang mahai-mahai. Lagipun satgi beli hat mahai tak tentu la budak tecit tu nak duduk. Haih!

Start dari hari tu la bila masuk kedai baby / masuk Toys r us mesti belek2 tricycle / tricycle 2 in 1/ tricycle 3 in 1/walker 2in1. Harga?? Mak urut dada noksss Semuanya RM150 ke atas. Hoih! Mami kan penjimat? Mana buleh beli hat mahai-mahai? Satgi kalau Hannah tak mau naik takkan nak buat jadi replika dalam store tu lagi? Cukup la dengan replika stroller, baby car seat, baby bouncer yang dok ada Hannah oiii Mami tak mau hat ni pun masuk dalam store jugak T.T

Tapi Alhamdulillah, dia memang suka naik tricycle ni. Since sebelum beli lagi KakWan selalu bagi dia naik tricycle ni kalau kami jumpa benda ni kat gedung-gedung jualan yang ada produk ni. Sorang tolak troli barang, sorang tolak tricycle ni. Bila dah settle shopping baru simpan tricycle tu kat tempat dia balik. Hahaha Dah nak beli mahai sangat, so kita try je la dulu. Hehehehe Kira la ni tricycle ni dah jadi pengganti stroller yang dok ada tu la. Tapi memang agak bulky la nak masukkan dalam kereta. Dah nama pun tricycle kan? Yg hang feeling-feeling nak lipat macam stroller tu pasepa?? Haha

Ok. Buat sapa-sapa yang nak beli baby tricycle ni, KakWan sarankan ampa pi beli kat kedai basikal. Dah la harga berpatutan, boleh mintak tawar lagi. Haaa Jangan beli kat kedai baby, sebab mahai uollsss Lain la kalau uolls kaya so KakWan tak buleh nak halang la. Tak pun beli masa ada baby warehouse sale, ka apa ka memang murah la kot? Nak suggest lebih-lebih pun tak berani sebab KakWan jarang pi warehouse sale ni. Hehehe Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Caucincauuuu

Post a Comment