Friday, March 8, 2013

Hargailah Wanita Anda


Sempena Hari Wanita ni, sayangilah wanita-wanita si sekeliling anda. Tak kiralah mak, mak mertua, tok, nenek, isteri (ehem!), anak, etc. Bukan bermaksud hari-hari lain tak payah nak sayang, tapi hari ni sayang lebih la sikit. Tak boleh ka? Cium dahi sebelum pi keja pun dah cukup, balik keja bawak balik hadiah vadei bernilai dua ringgit pun dah cukup buat KakWan kami tersenyum. Cewah! Bukannya kami minta segunung emas punnn

Sejak bergelar ibu, KakWan semakin menghargai seorang yang bernama ibu. Especially terhadap ibu sendiri la-Pn.Kumah. Kalau cerita kat sini satgi KakWan sebak pulak. Satgi pasai tak siap la entry ni. Tak pa laaa Simpan buat tatapan sendiri sudaaahhh Heee Yang penting, entry kali ni KakWan nak kita hargai pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya. Kalau sebelum ni, KakWan cukup tak sebulu dengan Tok KakWan- sebab dia suka berleter, tak bagi KakWan keluar rumah, banyak soal-siasat, banyak kerenah, banyak tu, banyak ni, tapi lepaih dapat anak dara sorang ni baru KakWan faham pasepa Tok KakWan dulu garang sangat. Sebab dia nak protect KakWan, dia nak didik KakWan jadi orang baik, tegur mana yang salah, ajar apa yang patut. Dia nak cucu-cucu dia jadi maknusia yang berguna.

Tapiii KakWan langsung tak dengaq apa yang dia suruh. KakWan selalu ja lawan cakap dia, selalu sangat keluar tanpa izin dia & buat pekak ja dengan apa yang dia cakap. Walaupun duduk serumah, tapi kami jaaaaraaaaangggg bersembang. Nak dijadikan cerita, sepanjang mengandung KakWan tiba-tiba KakWan jadi saaaayaaaangggg sangat kat dia, hari-hari rindu nak balik rumah, nak balik Penang, nak jumpa Pn.Kumah & Tok KakWan. Hubungan kami dah ok sangat. Sepanjang masa pantang dulu, dia la yang banyak ajaq Pn.Kumah pasai berpantang ni, walaupun tak larat dia suka urut-urut kaki & belakang KakWan dulu. Masa tu baru dok menyesal, awat la dulu aku tak belajaq mengurut dari dia? Kalau dak la ni KakWan dah jadi mak bidan ok?? Hehe! Sebab dulu Tok KakWan ni bidan kampung,  memang well-known kat area Permatang Pauh.

Rasanya selama ni dia kuatkan semangat sebab nak tengok KakWan sihat, selesai operate semua (buang fibroid tu kan). Sebab sebulan-dua lepas tu kot, 11/11/2102 few days before Deepavali, Tok KakWan meninggal. Tak sempat KakWan nak balas jasa dia, tak sempat nak sayang dia puas-puas. Sebab sebelum tu, KakWan dah bagitau kat dia, "Cuti Deepavali tu Wani balik, Haidar kawen, nanti buleh la jumpa lagi" sambil cium pipi Tok. Tapiii tak sempat jugak nak jumpa. Sediihhhh Kat kawan-kawan pun tak bagitau kata Tok KakWan dah meninggal, especially Haidar. Takut nanti dia tak seronok nak kawen pulak. Macam tu la cerita diaaa (Dok menaip sambil lap ayaq mata oi!)

Kalau nak cerita pasai Tok KakWan & Pn.Kumah takkan cukup 1 entry kot? Tak pa la, yang penting KakWan sayaaanggg sangat kat depa & tak mungkin KakWan dapat balas segala pengorbanan depa sepanjang membesarkan KakWan. Kalau tak sebab dah kawen & dah punya anak, mesti KakWan tak faham apa yang depa korbankan. Semoga roh Tok KakWan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah

Post a Comment