Sunday, March 10, 2013

Entry Hari Sabetuh (read: Sabtu)!

Home- Cyberjaya (Checking out my new work place) - Lot10- KLCC- Hentian Duta (Amik Pn.Kumah)- Ikano- Home (again Alhamdulillah! Safely arrived) ^^ Phew! Hari ni anak-beranak berjalan-jalan bila Dedi dah settle submit assignment dia pagi tadi. Selagi tak siap, selagi tu la berkurung dalam rumah. Sedih kan? Huuu Tak pe la.. At least bila jarang keluar, duit pun jarang la keluar (read: belanja) jugak kan? Hehehe

Nothing much to share, just tadi masa kat Ikano lepas queue panjaaaanggg gilaaaa beli karipap KakWan & Pn.Kumah terkejut tengok sorang ibu menangis-nangis berpelukan dengan anak-anak dia. Orang yang lalu-lalang kat situ sampai berhenti & tengok je kejadian tu. Terdetik jugak hati ni, "Mesti anak dia hilang tadi niii" Tiba-tiba Pn.Kumah tanya KakWan, "Awat tu? Laki dia tinggai dia ka??" Hahahaha Tergelak la sat dengaq beliau tanya soalan tu. Cek nak jawab pun cek tak taaauuuu

Nasib baik la KakWan dah upah penyiasat, so dia la yang cerita insiden tu kat kami. Hehehe Masa tu Popo dukung Hannah sementara tunggu KakWan beli karipap, tengah dok jalan-jalan dok belek barang tengok orang dia terkejut la bila nampak sorang pompuan pregnant lari-lari sambil nangis, orang lain yang ada kat situ semua tercengang ok? Kalau KakWan pun KakWan heran, then that lady terus pi kat receptionist & mintak depa buat announcement anak dia hilang. Elok-elok ja buat announcement, ada sorang staff Ikea mai bawak budak tu kat kaunter. Alhamdulillahhhh Jumpa balik!

Masa KakWan nampak dia nangis-nangis tu KakWan tak nampak lagi perut dia, sebab dia tengah melutut sambil cium & marah-marah anak dia. Anak dia diaaammm ja, cuak la kot? Tapi apa-apa pun tetap bersyukurlah sebab dapat jumpa anak dia balik. Zaman la ni macam-macam buleh jadi oi! Hilang kat KL, tengok-tengok jumpa budak tu kat Siam nunnn Tu kalau jumpa, kalau tak jumpa? Nauzubillahhh Mintak dijauhkanla semua tu (Dan-dan teringat peminta sedekah kat pasar malam hari tu yang tengah riba baby yang umur tak sampai sebulan, sedih sangatttt mangsa sindiket la tu. Kt tukang riba tu aku tak kesian sangat, aku kesian kat baby yang diriba tu. Dia tak tau apa lagi, baru sangat lahir kat dunia ni T.T)

Tapi memang betui tadi ramai sangat orang. Tiba-tiba KakWan risau macam mana la nak handle anak(-anak) KakWan nanti? Buleh ka? Mampu ka? *Urut dada tanya diri-sendiri
Post a Comment