Monday, March 4, 2013

Cheese Nan: RSMY House of Briyani



Tengok cheese dia? Sangat banyak kan??

Saya tau cheese nan ni lepas baca blog Sasha. First time tengok terus rasa macam nak pi. Tapi tak tau kat mana. So duduk diam-diam je la kat rumah, malas nak google, sebab nanti once dah tau mesti terus rasa macam nak pi la-la tu jugak. Haha! Then, Sasha blog lagi pasai cheese nan ni. Cis betui laaa Memang nak suruh aku pi kot? Hahaha Tengok-tengok direction dia bagi terus saya teringat, weyyy Aku penah lepak kat kedai ni dulu lepaih balik dari Pejabats Mara (Jadi pejabats sebab ada 3 pejabat Mara kat situ. Haha!) Tapi masa tu petang, depa tadak juai roti-roti ni, kedai pun suraaammm je, KakWan pun bajet la konon kedai ni mahai sebab tu tadak customer. Sebab kedai mamak kiri-kanan dia ramai gila customers ok??

Tapi sangkaanku meleset sama sekali, malam yang kami pi tu RSMY House of Briyani tu penuh dengan customers ok? Nasib baik ada meja kosong, sempat la kami 3 orang menyelit, kalau mai lambat sikit rasanya memang kena berdiri tunggu turn kot? Mostly yang pi situ order cheese nan & cicah dengan keema. Keema tu lebih kurang macam mince beef curry la, sedap! Tapi masin sikit. Maybe sebab kami ni jenis yang tak makan makanan masin sangat kot? Tapi bila makan cheese nan tu dengan keema, actually dia counter balik la rasa masin tu. Heee

Makan cheese nan ni memang feel macam makan pizza ok? Popo pun cakap sedap. Sebab dia memang suka mozarella cheese yang buleh tarik-tarik cani, kalau makan pizza pun dia memang suka order extra cheese, kira bila makan cheese nan ni dia memang puas hati laaa Briyani dia? Popo kata tak sedap. Dia kata hat dia makan kat Singapore hari tu sedap lagi. Fineee Popo, Fineee Tapi dia tak penah rasa briyani yang kat Bangkok lagi, laaaaagiiiiii sedap! Hahaha


Post a Comment