Tuesday, March 5, 2013

Blogger Dilemma: Nak unfollow ke tak?


Hal ini merujuk kepada diri-sendiri la sebagai seorang follower kepada satu-satu blog yang ada kat alam maya ni. Hehe! Dulu masa baru buat blog, banyak gilaaaa blog yang KakWan follow, biasa laaa budak baru nak up! Eh?? Budak ka?? Hehehe Dulu laaa 5 years back. Lama dah oi! La ni dah jadi mak budak punnn Hehehehe Then la ni bila dah tua-tua ni, bila tengok balik bloglist yang KakWan follow rasa macam nak unfollow pun ada, sebab.. sebab..

Banyak sebab la, ada setengah tu bila nampak blog tu updated, kita pun klik la nak baca, sekali tu.. Hek elehhhh Tajuk pum-pang-pum-pang tapi updatenya secoet jewww Rasa nak lempang pun ada! Lempang-lempang terus unfollow, ada berani? Hahaha Tapi redha je la, sapa suruh aku gatal tangan sangat follow blog tu dulu. Kan? Rasakan. Rasakaaannnn

Then, ada pulak blogger B ni update, takat baca kat dashboard je la, malas nak klik baca the whole entry sebab duu penah baca dah blog tu, poyo je lebih. Haha! Takat beli minuman jenama A pun nak masuk belog. Adoiii Kalau laki aku baca mesti dia kata "Poyo je blogger B niii Macam mana la bini aku buleh follow?" Percayalah, bini mu ini pun tak sangka beliau buleh terjerumus nak baca blog poyo niii Poyo-poyo pun blog tu la jugak yang aku follow duluuu Hahahaha Rasakan lagi sekali.

Then, blogger C plak update. Nak tengok ke tak, nak tengok ke tak? Kadang-kadang entry dia macam best, tapiiii blog dia tu loading lembsss nak mampssss Banyak sangat gambaq oi kat sidebar tu! Jangan kata sidebar, header saja dah sebesaq alam. No wonder la internet aku ni laju je kena capped (buleh jadikan alasan niii Hehehe) Sabaq je laaa Tapi tu la, tangan ni jugak la yang gatai nak follow blog tersebut dulu. Rasakan. Rasakan. Rasakaaannnn

Blogger D pulak update, ok product review. Baca laaa Baca Baca Baca. Blergggghhh Nampak sangat advertorial nye punnn Kalau ya pun advertorial kan, buat la entry tu fun sikit nak baca. Bosan laaaa KakWan pun buleh buat advertorial kalau setakat buat ayats lagu tuuu *flip my shawl* hehehe (Tapi tu la kan? Kalau buat advertorial ayat kena skema sikit. Belajar dari pengalaman. Walaupunnnn Hehehehe)

Honestly, KakWan memang suka baca blog yang buat review. Best apa? Tak payah susah-susah nak pi cari produk tu then try, tengok-tengok tak sesuai dengan kita kan? Rugiiii So baik baca review, then decide whether nak beli ke tak. Kan? Kan? Lagi satu of course la KakWan suka baca food review. Hehehehe Lagi, travel blog. Best oi tengok orang pi bercuti. Haaaiiiii So guys, Please gimme suggestion nak follow blog mana yang best on their review buleh? Tak kira la food, products, travel, fashion, parenting, motherhood ka apa kaaa KakWan tak kisah. Tengah nak tambah koleksi ni. Thank youuuu ^^

Setakat la ni, walaupun hati dok sumpah seranah kat blog jenis A,B,C,D ni, KakWan tetap baca jugak bila depa update blog. Hahaha Punyala pemalas nak unfollow those blogs kan?? Tapi bukan malas yang jadi alasan utama, masalahnya baaanyiiiiaaakkkk sangat blog jenis tu yang KakWan followww Jenuh la nak unfollow setiap belog tersebutttt Setakat ni mampu unfollow up to 20 blogs je kot? Banyak lagi yang nak kena unfollow. Nanti-nanti je laaa Bukannya penting sangat punnn Hehehe
Post a Comment