Wednesday, February 20, 2013

Pengalaman Mengandung & Ada Fibroid: Takut Oi Bersalin!

Bila tengok ramai rakan (blogger) yang bakal nak melahirkan, tiba-tiba KakWan teringat detik-detik cemas la sangatttt nak deliver Hannah dulu, ye laaa my first baby kot? Of course la cetek gila ilmu. Eventhough hari-hari google pasai deliver baby, how to know when is the right time your baby wants to pop out, dok tanya kawan yang baru beranak, dok tanya Puan Kumah experience dia dulu, dok tanya sana, dok tanya sini, tapi tetap tak membantu okehhhTambah lagi dengan my body condition yang tak sama macam orang lain. Huuu Memang susah nak agak betui ka sakit ni sebab nak beranak or maybe sakit sebab benda lain?

Macam orang lain buleh nampak siku/lutut bila baby bergerak kan? KakWan langsung tak penah nampak kejadian tersebut, selalu nampak bontot beliau bergerak jaaa sampai senget perut, obviously senget ok? Kadang-kadang tu sampai nampak macam ada 2 ketul bola dalam perut ni. Kadang-kadang nampak macam 2 bijik bola tu dok sebelah-sebelah, kadang-kadang nampak macam dok ataih-bawah (Sila la imagine sendiri. Hehehe) Sebab tu orang selalu tegur, "Awak mengandung kembar ke?" Yup! memang susah nak nampak ada 'bucu' kecik yang dok tertonjol kat perut ni. Pn.Kumah selalu kata, "Dulu mak nampak bersegi ja perut mak bila wani bergerak, tapi perut Wani mak tak penah nampak pun. Sebab tangan & kaki dia dok kat bawah 'benda' tu kot? Sebab tu tak penah nampak" Sebak oi bila Pn.Kumah kata lagu tu, KakWan mampu senyium je laaa Nak kata apa kan?? Redha je laaa

Ok, back to the topic. Ada sekali tu, ingatkan dah sampai masa nak bersalin dah, gigih la pi hospital laju-laju. Tapi before tu, mintak Popo belikan burger dulu. Nak makan sebab takut satgi tak dak tenaga nak meneran. Haha! Elok sampai sana, kena warded, tunggu sampai 3hari oi, contraction pun jarang-jarang, so KakWan mintak diri balik dulu lah, dok hospital lama-lama buat apa kan? Tapi masa tu check, bukaan baru 1cm. What??? 1cm je?? Lap peluh!

Bila dah dok rumah sehari-dua, tiba-tiba sakit tu mai balik. Ok. Masa tu memang dok rasa nak beranak sunggoh dah ni, maka bersiap la lagi sekali pi hospital. Masa tu pukul 4 pagi kot? Sebelum pi hospital, singgah mamak makan roti canai dulu. Weehuuu The reason is takut tak larat nak meneran. Hehehe I experienced tengok mummy yang tak larat meneran end up baby kena tarik dgn forcep & lepas tu kena sedut dengan vacuum pulak ok? Nak cerita kat sini satgi panjang pulak entry ni, tapi memang sayu je bila dengar baby tu nangis, macam dia sedihhhh & sakitttt sangat (Duduk kat 3rd & 2nd class ward memang buleh tengok patients lain, so banyak la cerita yang dok terngiang-ngiang kat kepalahotak ni)

Pagi tu doc check, bukaan still 2cm lagi. What the honey la kan? Sakit macam dah sakit sangat-sangat kot? So kena tolak masuk ward dulu la, first class of course la dah full kan? So kena tolak masuk 2nd class ward, kena tunggu ada bilik kosong baru buleh pindah first class. Dalam masa menunggu tu, memang tak banyak sembang pun, most of the time cuba tidoq & lelapkan mata. Sakit tu memang tak buleh nak habaq la. I choose to diamkan diri ja, satgi kalau tunjuk sangat sakit tu payah, malu pun satu hal jugak, ramai orang kot kat ward tu. Maaaalaaaaammmm baru dapat masuk first class. Pheeew! Finallyyy

Popo mai hospital dalam pukul11 untuk bayaq deposit masuk first class ward, masa tu sakit still mild lagi, buleh la nak order makan lagi sekali (Wahahaha) Elok Popo deliver burger kat KakWan & balik, tiba-tiba contraction mai balik uollsss Ok. Bila dah masuk first class baru la buleh nak menangis & berdrama uollsss Sebab kita & the other patient ja yang ada kat dalam bilik tuuuu Hehehehe

Errr Kita sambung kat entry lain la, rasa macam dah panjang sangat dah entry ni. Vuleh???
Post a Comment