Sunday, February 17, 2013

Hannah Oh! Hannah: Selesema (lagi!)

Sorry Hannah, disebabkan Mami Hannah pulak yang kena jangkit selesema. Jangan jadi macam hari tu dah la sampai 1 rumah demam oi! T.T Selesema kali ni sebab penangan balik kampung hari tu la. Panadol dah telan nak dekat sepapan pun tak baik-baik lagi. Haih! Now adays KakWan very the tak tahan ekon keta uollsss Dulu ok sikit, la ni langsung tak tahaaaannn Maken manjewww badan ni, sat-sat saket hidung, sat-sat rasa nak demam, sat-sat saket belakang. Redha je laaa Tu baru anak sorang, kalau patlimanamtujuhlapan nanti jadi lagu mana plak tak tau laaa

Sejak-sejak jadi mak orang ni badan very the mengada ya amats! Dulu tahan ja dengan segala jenis ekon, ulang-alik KL-Penang 2 minggu sekali pun no hal. Naik bas uollsss dating punya pasai! La ni nak ajak keluaq dating pun payah. Oi! Nak ajak tengok wayang lagi la payah. Ohoiii Kira punya lama la tak tengok wayang sampai dah lupa lagu mana rasa popcorn GSC yang sedap tu! Eh! Termengadu plak kat sini. Hehehe La ni sila dok rumah jaga anak senyap-senyap. Tengok tv sudahhh Heee

KakWan lupa, patut kena try natural remedies dulu sebelum amik ubat klinik. Tapi dah makan ubat klinik pun tak baik-baik, KakWan pun cari la kaedah natural nak bagi baik selesema ni, Alhamdulillah cepat ja baiknyaaa Just bersisa sikit-sikit lagi la ni, tapi better than 2-3hari lepas laaa Asyik berkepit dengan minyak cap kapak & hanky. Hidung pun asyik bersin piu-piu-piu (macam comel ja bunyi, hakikatnyaaaa bergegaq rumah punya bersin! HEHE)

KakWan guna kaedah yang Dr.Nadir ajaq la, buat steaming tu. Baru buat sekali ja semalam sebelum tidoq, teruih lega sikit & buleh tidoq lena sampai ke pagi sebab tak terganggu gatal hidung nak bersin/ hidung tersumbat. Tengahari & petang tadi pun buat lagi. Rasa legaaa sangat! Hidung tak tersumbat & dada rasa selesa sangat, kepala pun dah kurang sakit ^^

Hannah pun KakWan buat kaedah tu jugak, tapiii dia gheyau kuat sangat so paham-paham je la no? Dedi is so caring & tak mau Mami dera anak diaaa Ok. Fineee So KakWan guna kaedah kedua la, KakWan amik seulas bawang putih, bakar and then amik bawang putih tu boh dalam piring, tuang minyak masak sikit & lenyek-lenyekkan bawang tu sapu kat dada & belakang Hannah. So right now my baby is very the bau bawang futihhhhh Hehehe Sedap okkkk Rasa macam nak mam ja! Satgi before tidoq malam KakWan nak sapu lagi minyak bawang putih tu kat tapak kaki dia pulak.

Notes: Bawang putih sangat berkesan untuk selesema ye kawan-kawan. Selain bawang putih, kunyit pun membantu keringkan hingus. Tapi jangan la kata sekali apply terus baik, dah kata natural so dia takes time la sikit. Kena buat secara konsisten Insyaallah berkesan. Heee

Walaupun hidung berair & selesema, Hannah tetap aktif seperti biasa. Dah cemuih panjat sofa, dia panjat kebinet tv plak. Dah penat panjat-panjat dia excercise angkat vontots nak merangkak plak. Sekali ternampak newspaper bawah kebinet tv tu dia nak tolong 'mengemaih' pulakkk Mami is fenats ok Hannaaarrrgghhhh

Post a Comment