Friday, February 1, 2013

Hannah Oh! Hannah: Mami dah keja ^^

After more than a year, akhirnya KakWan dah tamatkan kontrak jadi full-time housewife. Yeayyy Perasaan? Of course la happy, hmmm sedih pun ada jugak. Pendek kata perasaan bercampur-baur lah! First week masa nak pi keja dulu, nak menitis ayaq mata jugak la nak tinggal Hannah kat Nani dia. Hoi! 7 bulan tak penah berenggang kot? Even KakWan kena warded dulu pun dia ikut masuk ward sekali, tapi masa dalam OT tak buleh laaa Hehehe Tu pun jenuh dia buat perangai sebab 3jam dok tunggu, sebab dia lapaq & mengantuk. Bayangkan la selesai ja surgery tu teruih KakWan bf dia, masa tu tak pikiaq ubat bius ka apa ka. Yang tau nak bagi dia stop gheyau & bagi dia tidoq. 2jam kemudian baru dia bangun. Hehehehe Rasakaaannnn

Bila dah pi keja, sejam sekali KakWan call Pn.Kumah tanya dia macam mana. Buleh pulak Pn.Kumah kata, "Dia ok ja, dia tak sedaq lagi Wani takdak" Cis! Tak rindu Mami langsung Hannah niii Syok lettew dok dengan Nani! Mami jeles ok??? First& second day keja memang KakWan keraaapppp sangat called Pn.Kumah, sebab nak tanya progress dia macam mana. Tapi lepaih tu tak penah call langsung dah. Haha! Bukan sebab tak rindu kat Hannah dah, tapi takut salah timing. Penah sekali tu call masa Hannah baru nak tidoq, and of course la dia teruih bangun & gheyau. Jadi keja la plak Nani dia nak bagi dia tidoq balik. Memang hazab ok??? Sebab Hannah tak mau tidoq dalam buaian, gayat kot? So Nani kena timang Hannah sampai dia lena laaa T.T

Thanks Nani sebab sudi jaga Hannah ^^
La ni KakWan quite happy la dengan keja ni, walaupun lari bidang tapi KakWan memang nak gain experience sungguh-sungguh la. Nak develop my communication skill yang paling penting, sebab dulu hari-hari mengadap muka Hannah & Popo jaaa Nak jumpa orang lain pun payah, duduk kat rumah sembang dengan Hannah jewww Haha! La ni jenuh bercakap dengan clients & travel almost every day! Woohooo (Popo dok kata KakWan maken ceria la ni)  Buat masa ni travel within KL & Selangor je laaa Takut nak travel luaq lagi sebab tak sanggup nak tinggal Hannah kalau kena overnight kat sana Huuu Tapi memang dok nampak bulan ni macam nak kena pi Johoq/Kelantan/Terengganu jewww How???

Post a Comment