Friday, February 22, 2013

Hannah Oh! Hannah: 8 bulan-Yeay!

Pewwit! Hannah dah pandai duduk sendiri uollsss Gigi pun dah ada 3 batang & rasanya dok nak tumbuh lagi sebatang kot, sebab 2-3 hari ni dia asyik meragaaammm ja. Pipi & dagu Mami selalu ja jadi mangsa kena tokak. Sakit oi! Konon-konon nak manja-manja kissing Mami la kan? tapi bila dia geram tu, memang dia tokak tanpa henti! Sabaq je la. Tapi Alhamdulillah, setakat ni bila dia nak tumbuh gigi Hannah tak penah demam lagi. Just tak selesa & sakit gusi ja, so just bagi Hannah gigit-gigit biskut & sapu vicks kat atas bibir dia.

Merangkak? Belum pandai lagi, tapi laaajuuuu ja menyuloq (read: menyusur) tambah lagi bila dia nampak benda yang dia interested nak main. Haha! Kadang-kadang sampai tak dan nak ligan. Laju sangat! Heee La ni dia dah pandai bangun berdiri sendiri & meniti kat sofa. Jangan kata sofa, kat kabinet tv pun dua dok buat lagu tu. Risau oi! Tv tu bukannya ringannn

Susah gila nak bagi dia duduk balik, once dah berdiri memang dia akan berdiri & berpaut kat sofa tu lama gilaaa Siap marah lagi bila kita nak dudukkan dia. Amboiii Diva sangat aih! Tapi kalau orang angkat nak dukung dia bukan main seronok- renyih sampai ke telinga! Hahahannah Hannah.. Jadi anak yang baik na? Mami & Dedi saaayangggg sangat kat Hannah ^^

Post a Comment