Thursday, January 24, 2013

Hannah Oh! Hannah: Gedebuk!

Semalam Hannah jatuh katil for the first time. Masa tengah nyenyak tidoq, tiba-tiba KakWan saket perut & pi toilet. Memang masa tu Popo tidoq lena, Hannah pun sama la. Masa bangun dari katil pun Hannah tak dak nak gerak-gerak & memang tak sedaq pun KakWan bangun. Elok masuk toilet dengaq la Hannah nangih,baru sedaq KakWan tak dak kat sebelah kot? Tak pa laaa Popo kan ada? Satgi Popo pujuk la sat Hehe

Tiba-tiba dengaq G E D E B U K ! and Hannah nangis kuat gila. KakWan bajet Popo la dukung dia keluaq bilik (sebab tu suara dia makin kuat) & masa jalan tu terlanggaq kusyen ka apa kaaa Mai-mai kat toilet dia habaq Hannah jatuh katil! Whaaattttt??? Jatuh katil? Terbantut aku nak memerut!

Katil kitorang tu buleh tahan tinggi kot? Tambah dengan tilam lagi. Buleh cecah 1/2meter la kot? Bayangkan dia jatuh kepala dulu. Ouch! Dahi tak dak benjol just lebam sikit & hidung macam ada pecah sikit kat depan tu. Mula-mula risau jugak takut hidung berdarah ke apa. Tapi Alhamdulillah nothing to worry about. Popo dah cuak ajak pi klinik tapi KakWan bagitau kat dia "Kalau kita pi klinik buat kena marah dengan Doc je sebab benda ni baru ja jadi, kita monitor dulu kalau-kalau dia muntah-muntah ka, tak aktif macam selalu ka apa ka baru kita pi klinik"

Jenuh jugak la nak tuam dahi dia semalam, sebab langsung tak nak bagi orang sentuh. Last-last tuam sambil bagi dia tidoq, bila dah lena biaq ja kain tu kat dahi dia. Sebab tu dahi dia tak lebam sangat & tak dak benjol kot?

Mummies, should I go to the clinic or not? Nak check kot-kot ada darah beku ka, apa ka kat kepala dia? Huuu



Post a Comment