Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 24, 2012

Pengalaman Mengandung & Ada Fibroid


Lama jugak nak cari idea mengarang entry kali ni. First, sebab saya rasa tak best nak cerita pasai benda yang sedih-sedih & saket-saket ni. Second, takut tersilap cakap nanti orang kata saya tak bersyukur. Third, tak tau nak start dari mana. Haha! Hat tu yang betuiiii Hehehe

KakWan tau yang KakWan ada fibroid masa first time buat check up kat klinik. Masa tu excited sebab nak confirmkan betui ka KakWan pregnant. Yes! KakWan pregnant. Alhamdulillah =) And yes! At the same time Doc suspek ada fibroid dalam rahim KakWan =( Masa selak baju nak scan Doc dah terkejut. Terbeliak bijik mata dia. "Why your tummy is so big??? Looks like you are 7months pregnant you know???" 

Ahhh Sudahhh Aku baru first time nak check, hang kata perut aku besaq macam pregnant 7 bulan dah! Memang cuak la masa tu. Tapi control hemsem senyum-senyum lagi kat Doc tu. Hakikatnya ayaq mata tak sabaq dah nak merembes keluaq. Huuu Sedihhh Patut hari tu hari yang paling happy sebab tau pregnant. Tapi.. Sedih. Titik. Hemsem tak dapat nak kontrol dah masa call Puan Kumah nak bagitau pasai benda tu. Beliau yang di hujung talian pun turut menangis. Sediiiiiihhhhh

Bila pikiaq balik memang KakWan ada masalah perut buncit lama dah. Tapi ingat buncit tu buncit yang mengandungi lemak.. Tapi sebenaqnya tak. Rupa-rupanya fibroid la punca perut KakWan buncit kot? Bila pregnant, hormon tak stabil & fibroid KakWan pun bertambah besaq (pandai-pandai jaaa) Hehe! Dah la. tak mau sedih-sedih. KakWan nak p packing beg sat. Lain kali le KakWan sambung sedih cerita pasai benda ni naaaa 


Balik kampuuuungggg Jyeah!

Monday, October 22, 2012

Ruam Lampin & Baby Tak Dapat Dipisahkan

Setakat 4bulan 2minggu 6hari ni Hannah dah try 4 brand diaper yang ada di pasaran. So far semua ok. Janji jangan pakai lebih dari 5jam. Kalau tak memang confirm naik rashes kat situ. Faham-faham la baby bila ada rashes kan? Memang naaangihhh ja. Ye laaa Dia tak selesa kot? Then pedih & saket bila ayaq kencing terkena kat rashes dia tu. Dulu masa dia first time kena rashes tu nurse suggest beli Drapoline kat farmasi then sapu kat situ. Puan Kumah pun sapu la. Tapi kena ja krim kat kulit, Hannah teruih gheyau kuat gila. Cuak jugak la Puan Kumah teruih angkat Hannah p basuh pepet. Last resort, Puan Kumah sapu vitamin E yang KakWan penah amik kat klinik dulu sebab masa pregnant KakWan kerap gatai-gatai kaki sebab peluh kot. Dan esok pagi bila bangun tengok rashes memang hilang la. Tapi dalam hati risau jugak sebab kat tudung krim tu dah tulih 'racun'. Takut kalau effect apa-apa plak kat Hannah. Ye laaa Baby lagi kot? ��

Sebabkan takut kalau-kalau Hannah jena rashes lagi, balik Penang dulu kami dah p amik ubat diaper rash tu siap-siap kat Hannah. Bukannya kat KL takdak ubat rashes ni, tapi tak tau kat mana nak tuju. Ye laaa Tempat orang kan? Kalau tempat sendiri kita tau la jugak ubat kat klinik mana yang ok, mana yang tak ok. Kan? KakWan amik diaper rash cream tu kat Klinik Dr.Sobri, Taman Desa Murni, Sg.Dua (sebab ramai sedara KakWan yang ada baby amik krim ruam lampin kat klinik ni so kami pun try la jugak) Alhamdulillah la ni kalau Hannah kena rashes, KakWan sapu krim tu setiap kali tukaq diaper & dalam masa sehari-dua hilang la rashes tu. Yay!


Of course Drypers adalah sangat membantu Mami yang malas bangun tengah malam salin diaper Hannah ☺

Friday, October 12, 2012

Maaf.

Kesian belog ni kian terabai. Sebenaqnya banyak yang nak di-blog-kan. Tapi nak mengarang tu malaaaiiihhh sangat. Ye laaa Selalu dah karang-karang-karang sampai 2-3 perenggan. Lepaih tu mcm lost word tak tau nak buat perenggan akhir (haha!) then tekan deleeeteeee

End up boh kat instagram. Hehehe

Sapa ada instagram? Nak ituttt followww =)

Wednesday, October 10, 2012

Sentap



KakWan hanya mampu doa yang terbaik ja untuk Baby Adam. Nangih sorang-sorang tadi masa tengok depa interview Mama Adam kat MHI. Yang tak tahan tu ada jugak yang jahat post kat FB Mama Adam ni kata "Kaya la ko nanti bila anak ko dah mati"

Perrgghh Orang tu tak dak hati kot?? Ka hati batu? Kena kat anak hang lagu tu baru hang tau kaya ka semekin ka hang kalau anak hang tu mati. Post kat wall tak pakai otak. Pffttt

Sekian

WW: Save Baby Adam

Monday, October 8, 2012

KWC

Ingat nanti kalau nak mai sini lagi nak mintak Popo mai hantaq kui9pagi, kui6petang baru call dia mai amik KakWan balik. Baru puaih nak shoppinggggg

Ok. Tengs. Bai! Hehehe


Wednesday, October 3, 2012

Bangun Awai



Hari ni dengaq azan suboh ja teruih Hannah bangun gerak Mami. Amboiii Excited nak pi amik Dedi lettew. Tapi Dedi balik petang satgi lew Hannahhhh Dah-dah. Jom tidoq balik -_-"

Tuesday, October 2, 2012

Hannah Kena Tepuk

Sebab nak buang kahak yang melekat dalam paru-paru dia. Seram dak dengaq? Hehe. Actually kalau kita bagi baby makan ubat batuk result dia lagi menyeramkan ok? Sebab ubat batuk bagi kita stop batuk, bila kita stop batuk kuman still terperangkap dalam paru-paru & kahak akan terus melekat kat dalam tu. Seterusnya kuman tu la yang bawak banyak penyakit especially asthma. Allah dah anugerahkan kita batuk untuk keluarkan kuman, tapi kenapa pulak kita nak hentikan batuk tu? Haaa Tak pasai ja kena lecture dengan Encik Doktot kat dalam bilik dia semalam.

To be honest, walaupun saya ni practice doctor tapi saya cukup pantang dengan ubat batuk - Dr. Nadir Khan.

And to be honest, KakWan suka dengan cara Dr.Nadir ni rawat patient dia. Dia sendiri yang panggil patient dia sorang-sorang masuk bilik ok? Tak guna assistant macam doktot lain. Memang sangat friendly & cara dia explain kat kita pun seketui-seketui, senang nak faham. KakWan tau pasai klinik ni pun sebab Hannah demam lepaih cucuk 3bulan hari tu. Ramai bloggers review klinik ni paed klinik yang terbaik yang depa penah pi. Dah alang-alang dekat, KakWan pun ajak la Popo pi sana. Alhamdulillah, cepat ja kebah demam Hannah hari tu.

Selesema Hannah ni kita tengok la 2-3 hari lagi cana, makin ok ke tak. Tapi sebenaqnya tak la teruk mana pun selesema mek ni, just KakWan takut melarat ja sebab tu bawa pi klinik awai-awai. Tak sanggup la nak tengok dia sakit. Baik pi cari ubat dulu sebelum melarat. Kan?

Sebelum balik Dr. Nadir ajaq cana nak steaming & tepuk (cupping) kalau Hannah selesema & batuk lagi. Buat kat umah ja, tapi kalau tak baik jugak kena bawa pi klinik la beliau akan sedut kahak.  Dr. Nadir sambung lagi, "Ramai parents yang komplen kat saya yang anak diorang batuk & muntah teruk lepas buat steaming & cupping ni. saya tanya diorang, anak muntah keluar apa? Diorang cakap KAHAK. Haaa memang tujuan awal kita nak keluarkan kahak kan? so bila dah keluar kahak tu kenapa nak risau lagi?" Insyaallah la Mami try tak bagi Hannah selesema & batuk teruk ok? So tak payah la kita jumpa Doktotttt Yay!

Sapa rasa nak kena tepuk buleh la pi sana ok? Bukan budak-budak ja dia tepuk, orang tua pun dia tepuk jugakkkk Hehehe time tunggu turn nak jumpa doktor ampa akan dengaq bunyi pap-pap-pap dari dalam bilik dia. Dia tengah cupping patient dia lettew. Kalau nak tau kat mana klinik ni gugel ja Dr.Nadir Khan, memang bederet blog review pasai beliau. Gila femessss Kalah artis gitchuuuu

Last but not least, terimalah gamaq hidung Hannah yang tak berapa mancong ni. Harap pipi ja yang terlabuh-labuh. Eh! Terkutuk anak sendiri plak. Hehehe

Monday, October 1, 2012

Hello Oktober

Please be good to me =)

Kitew dah penat nangis hari-hari tanggung saket. Harap start hari ni dan hari-hari ke depan kitew tak payah nak ulang-alik hospital dah. Cukop la takat bulan lepaih jewww