Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 28, 2012

Hannah Oh! Hannah #2



Elbum penoh dengan gamaq dia jaaa Adakah Mami terlalu obses dengan kamu ya Hannah? Ok la tu drpd Mami obses dengan diri-sendiri. Nanti Dedi muntoh daroh pulok tengok elbum tu penouuuh dengan gamaq Mami ja. Ken?? Hehehe

Wednesday, September 26, 2012

Rutin Tidoq Hannah

Alhamdulillah.. Sejak insiden dia tak mau tidoq malam sampai seminggu dulu tu la ni Hannah dah macam ada jadual tidoq dia yang tetap. Cukup jam ja merengek nak susu. Nak ajak tidoq lettew. Hewhewhew

Normal ka ek kalau baby tidoq kerap sangat?

8.30am: Bangun tidoq. Main-main sat. Mandi. 10am dia mula gosok-gosok mata & menguap 2-3kali. Bagi susu Bammmm tidoq balik

11.30am: Bangun tidoq. Main. Biaq dia golek-golek kat toto sampai cemuih dlm 12.30pm dia start merengek & nak tidoq.

3pm: Bangun tidoq. 4.30pm tidoq balik

5.30pm: Bangun tidoq. 7.30pm start merengek ajak tidoq.

9pm: Bangun tidoq bejaga la sampai kui 11. Haaa tidoq kui 11 ni memang sampai esok pagi la baru nak bangun balik. Tapi ada la 2-3 kali la dia kejutkan Mami sebab lapaaaqqq

So no wonder la bila bawa Hannah kuaq bejalan dia asyik tidoqqqq jaaaa Dah memang time tidoq dia kan? Hehehe

Tuesday, September 25, 2012

Review Set Bersalin HPA

Salam dear blog readers, thanx for all your support & la ni KakWan tengah recover la dari surgery Jumaat lepaih. Cemuih weh tak tau nak buat apaaa Nak bangun kerap-kerap pun takut jugak. Takut jahitan kat perut tebukak. Huuu Seram kan? Kalau potong ikut 'pintu' buleh la jugak nak duduk-duduk kat depan tu tengok tv sambil minum kopi cicah biskuit, ni masalahnya potong ikut 'tingkap.' Tak buleh la nak melasak sangat T.T So, better berbaring ja kat katil ni sambil online & bf Hannah bila perlu.

Hari ni rasa macam nak buat review pasai set bersalin HPA yang KakWan guna sepanjang berpantang hari tu. Sebab ada yang tanya ok dak? Rasa sedap badan dak lepaih guna? Mahai dak? Renyah dak nak guna? Baguih sangat ka set bersalin HPA ni sampai KakWan tak mau beli set bersalin hat lain? Haaa Banyak gila persoalansss Sebelum ni dok jwb personally kot FB & sms jaaa Hari ni baru nak jawab secara bundle semua soalan. Nampak sangat boring tak tau nak buat apa kan?? Selalu dok malaih sangat. Dok post gambaq jaaa Rasain loh! Mengarang la hari ni sampai penat. Hehe!

Kalau nak tau dalam set bersalin HPA tu ada apa buleh la p bukak website HPA then check kat situ, depa memang cerita detail dari jenih produk, cara makan, cara guna, pil ada bopa bijik, minyak ada bopa botoi, semua la ada. KakWan just nak review result semasa & lepaih guna ja. Hehe! Dasar pemalaih! Karang panjang-panjang pun bukan orang nak baca puuunnn

Sepanjang pregnant dulu memang KakWan kena rajin menggugel la dok cari review set bersalin mana yang baguih, mana yang dak. Tapi memang susah la nak jumpa orang review pasai set bersalin HPA ni. Jumpa belog yang dok juai set bersalin ni banyiaakkk laaa Ramai yang dok review NR, Mak Dara, Shaklee, Tropical Herbs, Tanamera, Leesa Formula & Salindah jewww Popo plak jenih yang nak KakWan buat presentation ja kat dia. Bukan nak tolong cari sekali. Huuu Dia kan Menteri Kewangan dalam rumah tangga ni? Kira KakWan cari, beliau la beli. Tapi jenuh ok nak yakinkan beliau. Makan bulan la jugak T.T

Ok. Firstly KakWan beli set bersalin ni sebab lepaih survey semuuuaaaaa set bersalin lain harga depa ada yang sangaaattt mahai mencecah RM800 dan ada yang semurah RM50. Bila tanya kat orang yang pakai set bersalin mahai tu dia memang fully utilized the whole set tu ka dak, dia kata dak. Sebab tak dak disiplin, malaih & renyah nak kena prepare satu-satu benda tu contohnya pilis & param. Eh! Macam KakWan ja Hehe Ye laaa Kalau dah mahai mesti la macam-macam yang ada dalam set tu kan? Larat ka nak guna? Hehe! Lagi satu, bila baca review set bersalin NR & Mak Dara pun ramai yang tak fully utilized the whole set tambah-tambah lagi bab jamu sebab anak depa kena jaundice so depa kena stop makan jamu sebab takut btambah teruk jaundice tu. So KakWan pun dok pikiaq jugak satgi kalau aku beli set bersalin mahai-mahai anak kena jaundice buat rogi jaaa Baik beli hat yang murah tapi buleh guna semua. Baru la berbaloi.

Lepaih compare berapa jenih ubat depa bagi, berapa botoi minyak barut, berapa botoi minyak bayi, bengkung & etc. Mostly bagi 8-9 item dalam satu set bersalin. Tapi harga setiap set banyak jugak la beza. So dari sepanjang-panjang set bersalin yang ada dalam list tu, tinggai 2 ja untuk KakWan pilih. Either HPA or X. Harga pun tak beza banyak mana, set bersalin X RM100 & set bersalin HPA RM90. Tapi Popo dok berkeras tak mau beli set yang murah sangat pulak dah. Takut tak berkualiti. At least dia nak set bersalin tu harga RM150 ke ataih. Dia kalau buleh nak belikan set bersalin Y. Tapi KakWan tak mau laaa takut buat rugi jaaa Beli mahai tapi guna sikit. Anak first ni kita try la buat experiment dulu ye dak? Kita beli yang biasa-biasa jaaa Mana tau walaupun tak semahai mana tapi serasi dengan badan kita kan?

So end up beli set bersalin HPA la. Benda-benda dalam set ni makan & guna ikut hari yang ditetapkan. Contoh macam jamu yang depa bagi kan, kena makan dari hari ke-4 berpantang sampai ke-16 pantang (kot?) tak ingat la.. Mandi ayaq herba plak dari hari apa ke hari apa. Macam tu la lebih kurang. Tapi jangan risau.. Dia tulih cara guna set bersalin ni kat kotak set bersalin, botoi & bungkusan plastik yang ada kat dalam tu. So kita ikut la aturan yang dia bagi tu saaampai la abih pantang. Senang kan? Tapi yang prepare semua tu Pn.Kumah laaa Tak larat la KakWan nak buat ayaq mandi herba tu semua.

Bila abih pantang still tinggai minyak barut, minyak bayi & teh herba ja yang tak abih guna. KakWan jarang guna minyak barut tu sebab Pn.Kumah rajin urut guna minyak urut panaih & baby plak asyik dok letak minyak yu yi ja. Hehe! Tapi minyak barut tu memang berkesan la buang angin. Lepaih sapu kat perut asyik kentuuuuttt ja. Hehe! Minyak bayi tu pun baguih jugak untuk kembung perut. Teh tu tak abih minum sebab selalu lupa nak rendam minum. =P

Kalau tanya KakWan set bersalin ni ok ka dak KakWan rasa ok kottt TAPIII Pn.Kumah kata tak ok sebab jamu dia tak panaih. Sepatutnya masa dalam pantang kita kena panaihkan badan sebab darah hilang banyak masa bersalin. Pn.Kumah kata dulu dia masa dalam pantang asyik berpeluh jaaa Badan selalu panaih, nak minum ayaq & cari peluang ja nak dok kat kipaih. KakWan plak dok dalam bilik tak pasang kipaih pun still nak pakai sweater siap berselimut lagi tuuuu Kalau dok bawah kipaih buleh terketaq-ketaq ok??? Sampai la abih pantang jadi lagu tu Ayaq ais memang tak berani nak minum sampai Hannah nak dekat 3bulan la jugak. Haaa Dasyat kan?

So kesimpulannya jamu dalam set ni memang tak serasi dengan KakWan. Tapi benda-benda lain buleh diguna pakai lagi la. Next time kalau ada rezeki maybe KakWan nak try amik jamu mak dara la kot? Hehehe Baru la buleh pakai kebayewwww Macam Mak Darew?  =P

Berpantang Kali Ke-2: Day 2



Hannah syiok la tidoq. Mami tak tiau nak buat apa dah niii T.T

P/s: Tak buleh bayangkan cana Pn.Kumah berpantang masa tahun'84 dulu. Mesti cemuih gilaaaaaaa

Monday, September 24, 2012

Berpantang Kali Ke-2: Day 1



Hannaaahhh Kita nak buat apa lagi ni? Mami mati kutu dah dari pagi sampai petang dok kat ataih katil ja. Huuu Nak kerap bangun p dapoq pun risau jugak ni. Takut perut terburai. Huuu Bila dah bangun takut nak duduk. End up tengok tv berdiri. Makan? Pun berdiriii T.T

How I spent my weekend

Tuesday, September 18, 2012

Hannah Demam



Kesian anak Mami sorang ni.. Setiap kali kena cucuk mesti demam T.T Sekali demam masa cucuk 2bulan hari tu tapi sehari ja demam dia. Ok la tu.. Kali ni cucuk 3bulan Hannah demam dah nak dekat 5hari dah. Tapi berselang-seli la.. Macam cucuk Kameh lepaih, Jumaat tu dia tak demam lagi (tapi memang bagi ubat demam jugak la 3kali sehari) Then hari Sabtu demam. Buleh tahan jugak la tinggi temperature dia. Siang tu masa check sendiri kat umah panaih dia around 37.4­°-37.7° ja. Check kat Paed malam tu dah naik jadi 38°. Huiiihhh Risau Mami. Tapi Paed kata memang normal baby demam lepaih kena cucuk.. Kira badan baby bagi reaction dengan ubat tu.

Pagi ni badan Hannah panaih balik. Kalau melarat jugak sampai malam ni kita pi klinik na sayang =)

Friday, September 14, 2012

Akish Comel

Pose like a model uollsss


KakWan memang suka la kat budak ni. Dulu petang-petang sanggup tunggu depan TV nak tengok Takdir Qismah semata-mata nak tengok dia. Dia pegang watak Anis masa kecik. Bila dah besaq malaih dah nak tengok walaupun yang jadi Anis tu Wawa Zainal. Hehehe

Walaupun Akish ni nampak muka Melayu biasa ja tapi tetap comel ok? Dan kalau nak compare to sorang lagi pelakon kanak-kanak yang famous amous kat Malaysia ni, KakWan lagi suka kat budak Akish ni sebab dia lagi nampak friendly & tak kerek. Dan yang penting beliau ni talented sangaaattt Nampak dia lagi menghayati watak & lajuuuu ja cakap walaupun ada pelat hurop 'S'! Mimik muka dia tu yang KakWan paling tak tahan & bila cakap macam oghang tua! HAHA


P/S: Tak sabaq nak tengok Pelarian (calon Anugerah Skrin) Ahad ni. Masa tunjuk kat Cerekarama dulu tak dan nak tengok sebab dok kuaq masuk hospital kot. KakWan pun dah tak bopa nak ingat dah T.T

Wednesday, September 5, 2012

Silent is Golden

Semalam Pn.Kumah dok sapu sampah kat porch depan rumah then ternampak botoi racun yang Popo letak kat depan keta tu. Dia suruh simpan kat tempat lain bila Hannah dah buleh jalan nanti. Risau kalau dia rajen mengemas. Risau jugak kalau dia buat ayaq sirap guna racun tu. Lagi la haru! Budak-budak ni kalau dok diam ada la benda yang dia dok buat. Rajin-rajin sikit dok perati. Jangan dok ingat kalau dia diam tu dia tengah tidoq. Silap-silap penuh rumah dengan sabun (sebab KakWan letak sabun basuh baju kat lantai ja. Hehe!)

Lepaih tu tekeluaq la satu cerita.. Wani ingat dak lagi masa kecik-kecik kita p raya umah kawan ayah Wani dengan Makcik Ani? Hang tau la makcik hang kan? Kalau buleh besembang memang rancak. Dok cerita la Syapik (masa tu bebi lagi) baguih. Senang jaga, tak buaih sangat, budak baik.

Haaa Baik la sangaaaattttt Diam-diam dia dok pi mengemaih rumah kawan tu jumpak botoi Dettol. Dia punya dok main laaa Dok tuang kat ataih peha dia sampai abih sebotoi. HAHA Nasib baik la tuang kat peha. Kalau tuang kat mulut tak ka naya? Pandai jugak hang Syapik no tak buat minum. Hehehe

So please aware with your toddlers ya wahai parents sekelian. Benda ni kadang-kadang buleh jadi lawak bila dikenangkan balik. Tu kalau bernasib baik macam Syapik la sebagai contoh. Kalau yang tak bernasib baik macam beliau? Maka jadi kenangan sedih la. Tapi tak mau la jadi lagu tu T.T



P/S: Agak-agak sapa yang bukak botoi Dettol tu? KakWan ka kakak-kakak dia yang tolong bukak? Sampai lani tak tau. HEHE