Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 30, 2012

Hari² Kalau Buleh Nak Klik Jaaaa HEHEHE

Macam la kaya sangat kan? Sampai hari² nak klik purchase. Hari² nak taip habaq kat blogshop owner tolong reserve kan baju ni kat saya naaa Nanti bagi quotation & no.akaun saya nak buat payment. Perghhhhh Mau rabak poket laki aku. HAHA

Tapi tu la.. Since 2-3 menjak ni nafsu shopping dah mai balik. Kot online ja la mampuuu Nak bejalan kat shopping mall tak larat dah. Sekian! Tapi masalahnya perut besaq sangat sampai ada baju yang kena hold dulu pakai lepaih deliver nanti. Insyaallah =)

So Bebi.. Sila jangan jelesss Mami pun ada baju baru tauhuuuu Dedi ja yang memilih sangat lepaih tu emo sorang² kata dia sorang ja xdak baju baru. Oh! Pehlisssss (tangan di dada, mata ke atas)

Lawa kan? Dua-dua ni saya rembat kat Thepoplook.com =)


Jom Bebi kita shopping lagi.
Window shopping je la tapiiiii =P


P/S: Balik keja satgi mesti Dedi tanya lagi- Posmen mai hantaq apa plak hari ni? Heh!

Thursday, April 26, 2012

Saat Inai Merah Di Jari

Kan saya tak sempat nak buat review pasai wedding saya yang dah berkurun dulu tu kan? Ada yang tanya bila nak buat review pasai kawen hari tu? Saya macam.. Blerghhh Malaih laaa Kenduri saya hari tu buat besa² ja..  Sama macam orang lain jugak.. Yang penting ada Pengantin Laki & Pengantin Pompuan. HEHE!

Tapi bila dah bosan dok umah sorang² tak dak benda sangat nak buat.. Saya pikiaq buat p la review sikit². HEHE So untuk entry ni saya just nak highlight few things je la kot pasai wedding hari tu? Since ramai yang tanya pasai inai, mekap & Official Photographer. Saya jawab hat 3 ni je la Kira aci la kan? =P

Inai


Masa nikah tu saya mintak kawan saya (Haidaq) cum the pengapit of the day yang inaikan =)

Recommendation: Memang sangat rekemen. Tapi sila cari inai sendiri  kerana khidmat yang ditawarkan beliau ada FOC takkan inai pun nak FOC!!! Melampau kot??? HAHA



Untuk hari sanding plak saya try pakai inai kat kedai sebab saya macam tak puaih hati dengan mutu keterangan inai yang saya pakai masa nikah hari tu. Beli inai sendiri mana la nak tau sangat kan? So saya try pakai kat kedai India depan Market Sbrg.Jaya. Nama kedai saya lupa la plak =P Hasil dia agak memberangsangkan. Inai jadi merah sangatttt So untuk majlis bertandang pun saya pakai inai kat kedai tu jugak.

Recommendation: Saya sangat rekemennnn Sila la p. Sebelah tangan penuh macam yg saya buat tu dia charge RM15 sahaja. 2 belah tangan jadi RM30. Tambah dengan 2-2 belah kaki sekali total semua RM60 sajiaaaa Muroh! Kan? =P



Mekap

Saja boh gambaq hat kot belah banyak jerawat untuk tujuan testimonial HEHE

Mekap saya amik pakej skali dengan Pelamin & Baju Pengantin. Kira amik dari butik pengantin yang sama la untuk 3-3 majlis. Saya sangat suka mekap dia sebab long last & dia plaster cover abih jerawat saya masa tu. Masa tu kan jerawat sangat seronok membiak kat muka? Tension sangat kot nak kawen. Baru lepaih exam & prektikel plak tuuuu HEHEHE

Recommendation: Pakej kat butik ni memang murah. Seriously. Tapi kena pandai pilih pakej laaaa HEHE Baju² untuk disewa pun cantek.. Kalau  badan ampa hat jenih kuruih lagi banyaaaaakkkkk choices. Seriosly saya sangat jeles! Kalau bajet ampa besaq lagi la dia buleh buat lagi cantek especially pelamin & bilik pengantin. Tapi saya tak mau rekemen ampa p sana sangat sebabbb...... Tapi kalau nak p jugak PM saya k? Saya bgtau nama kedai =P


Official Photographer



Macam yang semua tau la kan? Mesti la En.Nazri Ahmaddddddd Dari Pre-Wedding Photoshoot sampai la Maternity Photoshoot semua gunakan khidmat beliau. HEHE! Kualiti gambaq? Macam yang dapat kita tengok la ni la. Kami dua slalu dok kata kat dia amik gambaq cantek² tauuuu Tapi dia kata yang bagi cantek gambaq bukan keja OP. Bagi cantek gambaq tu keja orang hat yang ada dalam gambaq. OK Fine T.T Sila prektis bagi muka jadi sangat fotogenik ya bakal pengantin² sekeliannn Kalau tak memang jadi macam kami dua laaaa T.T

Recommendation: Tepuk dada tanya selera. Mau gambaq kawen taraf profesyenel.. Harga OP pun taraf profesyenel laaa HEHE Kalau nak beliau amik gamaq kawen ampa ka gamaq betunang kaaa Ka apa² event buleh kontek beliau sendiri =)

OK. Cukup la kot review pasai kawen ni. Dah la kawen tahun lepaih. Basi dah punnnn Tulih panjang² pun buat cemuih nak baca jaaaa HEHE Bai! Nak p belek perut sat =)

Wednesday, April 25, 2012

Pureen Stock Clearance Promotion (April 2012)

Pembelian barang kecil-kecilan secara berhemah di jualan gudang Pureen yang lalu =)




Perrrgghhhnat ok berjalan beli barang bebi di saat-saat akhir ni. Walaupun kami berdua tak la tolong perabehkan stok kat situ sangat pun.. Tapi perut rasa macam nak luruh still ada. Nasib baik tak luruh betui². Kalau tak.. buat malu Mami ja Bebi ni. Isk! Hopefully this is the final round we both shopping before deliver our baby. Tak larat nak jalan dah. Seriuosly. Tapi kaaaaaannnnn plaih ayaq water flask / thermos tak beli lagiiiii



LUPAAAAAA
T.T
Nak kena keluaq lagi la ni?
Huuuuu


Tuesday, April 24, 2012

Bebi 34 Minggu =)



Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. 

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi. 

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran.



Monday, April 23, 2012

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal


Venue: PWTC
Date: 29 April 2012
Time: 4pm-5pm


Belilah Pergilah. 
Eh? Ter-promote-lah pulak.
HAHA

Thursday, April 19, 2012

Kau Sempurna Bagiku..


Tak Kurang Sesuatu.. Kau Terima Apa Adaku.. - LJ


Ampat Tahun Dan Akan Terus-terusan Mengira 
Four Years & Still Counting
InsyaAllah

I Love You 
&
Happy 4th Year Anniversary Love
=)


Tuesday, April 17, 2012

Bebi 33 Minggu Sudahhh (4 more weeks to go!)





Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah. 


Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula. 

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. 

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula.

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

Friday, April 13, 2012

Kenapa Saya Rasa Panas Sepanjang Pregnancy? Normalkah?


OK. Normal. Ingatkan saya sorang ja dok rasa panaih gila since pregnant ni.  Google punya google.. Baru saya tau sebenaqnya ramai lagi yang M2B dok  rasa benda yang sama. Ingatkan sebab banyak sangat dosa sampai kalau lepaih mandi pun cepat sangat panaih & berpeluh-peluh. Kalau masa tidoq lagi la panaihhhhh Sampai basah bantai walaupun kipaih angin tu dok tala kat muka.  Memang peluh bercerau abih satu badan. Perghhhh Hot gila KakWan! 

So jangan pelik la sebab apa la ni kadang² saya macam cranky gila! Buat tu salah. Buat ni tak buleh. Nak keluaq malaih. Sebab dok rasa walaupun dalam umah ni panaih tapi kat luaq tu lagi panaihhhh Kalau keluaq pun memang pakai ala-kadar jaaa Mekap jangan harap laaa Lama gila dah kot tak mekap? Panaih weh panaih. Tak dan nak siap satgi mekap dah cayaq. HAHA! Mood swing? Slalu kot?? Kadang² mood OK. Kadang² KO. Kalau rasa rajen nak cakap saya cakap. Kalau rasa malaih nak cakap dok diam jaaa sampaikan bil Maxis pun save banyak sunggoh 3-4 bulan ni. Ha. Kan dah off-topic?? Asyik melalut ja aih! Kadang² tu sampai nangih sorang² sebab tak tahan panaih. Saya just nak dok diam² depan kipaih angin ja tanpa sebarang gangguan. Kesian kat laki aku T_T

Solusi? KakWan kurangkan lapisan pakaian & banyak minum ayaqqqq Tapi tak la membantu sangat punnn Malaysia kan panaih? Sekian. Rasa macam nak dok dalam peti aih ja!

Sebab-sebab panas badan:

-Tubuh wanita tengah mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas. (Ho.. Patut laaaa So I need to blame the hormones)

-Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh  janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas. (Sila la tengok perut saya. Kan membesar dengan jayanya? No wonder la panaih sangat T_T)

-Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas.Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.  (Again. It's your fault hormones!)

- Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan. (OK. Banyak kali pitam. No wonder)

Kalau dah kata lagu tu.. Sila la besabaq. Lagi berapa minggu ja bebi nak keluaq.. Harap² panaih badan ni pun keluaq skali dengan bebi la.. Sabaq KakWan.. Sabaq.. Sabaqqq

Tuesday, April 10, 2012

Warmer & Sterilizer: Keperluan atau Kehendak Sebenaqnya?

Saya tengah pening ni dok pikiaq nak beli barang bebi. Yang lain macam baju & toiletteries semua tu Insyaallah complete dah kot.. Just feeding kits je yg langsung 1 apa pun tak beli lagi. Botoi susu & breast pump mula² ingat tak mau beli lagi jugak. Tapi risau kalau² bebi kena jaundice or problem lain yg buat dia kena tahan kat ward nanti susah plak kalau nak breastfeed kan? So la ni botoi susu & breast pump tengah dalam pencarian (online je la.. window shopping tak larat dah) T.T

Yang pasai warmer & sterilizer pun memeningkan jugak. Memang penting ka kena beli? Kalau kita guna periuk biasa ja untuk sterile botoi susu tu tak buleh ha? So kalau buleh nak jugak la tau opinion dari yang berpengalaman. Patut beli atau tak warmer & sterilizer ni? Kalau tak payah beli buleh mami beli baju baru save la bajet sikitttt =P


Monday, April 9, 2012

Bebi dah 32 Minggu =)


Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas. 

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa. 

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.   

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.

Tuesday, April 3, 2012

ANAKKU - Vina Panduwinata



ANAKKU -Vina Panduwinata

Saat engkau tertidur
Kupandangi wajahmu
Masih ingin kumendekapmu
Masih ingin kumenciummu
Tak pernah kusadari
Waktu cepat berlalu
Kini engkau menjadi besar
Kini engkaulah harapanku

Tumbuh-tumbuhlah anakku
Raihlah cita-citamu
Jangan pernah engkau ragu, Sayang
Doaku selalu bersamamu
membuat aman dihidupmu
Selamanya…