Friday, December 7, 2012

Product Review: Pigeon Body Wash 2in1 Sakura



Sorry sebab laaaammmmbaaattt sangat nak review product ni. Ye la.. Dapat toiletries ni masa musim demam, so semangat pun kureng la nak review & amik gamaq semua kan? Minggu ni Alhamdulillah, semua dah kembali sehat seperti sedia-kala. Memang fully recover sebab Hannah pun dah tak batuk-batuk dah. Heee

Ok. Kalau mummies semua nak tau, kali ni Pigeon keluarkan produk rangkaian untuk baby yang ada masalah kulit sensitif. Aiyo! Ampa tau la kan? Kalau baby yang ada masalah kulit sensitif ni depa tak buleh pakai sabun sebarangan ja kan? Kalau pakai bukan-bukan teruih naik rashes satu badan, tak pun naik rashes kat pelipat-pelipat depa. Kesiaaannn Dan bau pun tak variety, semua bau ubat & setengah tu tak dak bau langsung. Tak best kan? (Macam kawan saya yang baby dia ada masalah kulit sensitif ni, dia just mandikan baby dia dengan ayaq suam ja. Tak guna sebarang sabun or syampu. Kesiankan?)

Tapi lain pulak dengan produk ni, walaupun produk ni untuk kulit sensitif tapi waaaangiiiiii sangat ok? Mula-mula buka tudung botoi body wash tu macam tak percaya ja body wash ni untuk baby. Sebab wangi sangat kadang-kadang Mami curi sikit pakai losyen badan kat Mami. Sorry Hannah! Mami tak tahaaaannnnn Wangi sangat!!! Hehehe

Set ni ada lima item- Baby Wash 2in1, Baby Shampoo, Baby Milky Lotion, Baby Powder & Baby Oil. Semuanya dihasilkan daripada ekstrak bunga sakura (patut la wangiiii) & membantu melembapkan kulit yang kering dan kasar. Selain tu, produk ni memang disahkan selamat untuk kulit baby yang sensitif, hypoallergenic, paraben-free, sulphates-free, tear free, pH balanced, free from colouring agents dan of course mild & gentle.

Ok. Mami start guna set ni last week. Tapi on-off-on-off jugak. Sebab masa first day pakai tu badan Hannah naik bintik-bintik macam rashes tu. Second day Mami bagi pakai body wash lama Hannah, Alhamdulillah hilang rashes tu (rashes tu tak la banyak sangat, tapi risau la kalau merebak satu badan kan?) Third day, Mami bagi pakai balik body wash tu sampai la sekarang. Nak tau tak kenapa Hannah naik rashes tu? Hannah naik rashes tu sebab Mami tak bilas Hannah betui-betui masa lepaih mandi. Sebab body wash ni memang extra moisturize. Hehe 

So my advice is, kalau nak guna produk ni tak payah la picit banyak sangat body wash ni ok? Picit lebih kurang duit syiling sekupang (read: sepuluh sen) ja kat tapak tangan, then apply la body wash ni seluruh badan & picit lagi sekupang untuk syampoo kepala pulak ok? Hehehe Dannnn Walaupun just guna sikit ja body wash ni, tapi bau dia long last ok?? Mak sukaaaaaaa *Dedi pun sukaaaa Sebab save la duit dia lepaih ni kalau dok guna toiletries sikit-sikit jaaa Hehehe



Hannah memang suka mandi, bagitau nak mandi ja teruih dia excited tersengih-sengih nak jumpa air. Hehehe
Ingat tauuu Bilas baby betui-betui lepas mandi kalau tak nanti naik rashes


Selalunya Mami just syampoo Hannah guna baby wash tu jugak. Dah 2in1 kataaa  Hehe Tapi 2-3 hari sekali Mami akan guna baby syampoo tu pulak =)


Masa ni memang masa bersilat dengan Hannah ok? Bersilat nak pakai pampers. Tapi the best part is nak 'tepung gomak' kan Hannah & pakaikan losyen untuk dia. Wangiiiiiiiiiiii
Jyeaaaahhhhh Ok. Part ni Hannah paaaliiiingggg suka. Letak sikit baby oil kat tapak tangan, then urut  seluruh badan baby. Hannah memang gelak mengekek-ngekek bila kena urut. Sedap sangat kot? Sebelum tidoq pun Mami urut-urut kan dia jugak. Baru lenaaaa Heee

Anak Mami dah siapppp Mai nak schayang schikiiiiiitttttttttt Time ni la best nak gomoi-gomoi dia oiiiii Hehehehe
Post a Comment