Thursday, December 6, 2012

Pengalaman Mengandung & Ada Fibroid: Penantian itu satu penyeksaan

Lamanya tak update cerita pasai fibroid ni, sorry laaa bila nak buat entry pasai benda ni memang rasa down sikit sebab dok teringat bawak perut yg besaq & berat tu dulu. Macam yang ampa baca kat entry lepaih kan, saya dah bagitau yang doktor kata perut saya besaq macam dah pregnant 7 bulan, sedangkan masa tu baruuuu ja 1st month saya pregnant, sedih.

Dulu before pregnant memang berangan la nak amik gamaq perut nak tengok progress dia lagu mana semua kan? Tapi bila dah jadi lagu tu teruih down gila, memang tak dak la gamaq perut yang saya amik sepanjang pregnant dulu. Kesian Hannah, Mami tak dak amik gamaq Hannah masa dalam perut T.T Tapi ada jugak la sekali amik gamaq buat maternity photoshoot. Masa tu pregnant 4 bulan (kot?) Mula-mula photographer macam refuse jugak nak buat photoshoot. Ye laaa Selalunya perut 4 bulan mana nak nampak lagi kan?? Tapi saya cakap nakkkk jugak amik gamaq sebab tak tau bila pulak nak balik Penang kalau tak amik gamaq masa tu.

Dah lama kot tak jumpa photographer tu, since selesai majlis kawen mana penah jumpa dia. Saya pun jarang update facebook & blog masa tu sebab saket perut, saket pinggang saket kaki semua la bila duduk. Dah la kat office pun mengadap pc, balik pun nak mengadap pc lagi? memang taaakkkk laaaa So prefer dok baring kat bilik jaaa Tiap-tiap hari balik dari keja, kui 8 tu memang saya dah tidoq. Penaaattt sangat. Penat bawak perut T.T Dengan alahan tak lalu makannya, memang pakej lah! Teruih berat jatuh mendadak. Hb jangan kata laaa Tak penahnya di paras selamat. Nurse kat KK pun dah penat bagi ceramah kat saya. Setiap kali check up mesti kena refer doktor punyalah. Doktor siap offer nak bagi MC & excuse cuti sampai deliver sebab kesian sangat tengok saya pucat sangat setiap kali check up. MC tu memang selalu amik la hehe! Tapi excuse tu macam berat ja nak amik sebab saya keja kontrak je dengan company tu sebelum ni. Ingat bila dah abih kontrak saya pun malas la nak renew.

Kita just merancang ja, tapi Allah yang tentu kan, tak dan nak abih kontrak saya dah bagi 24hours notice (masa tu pregnant 5 bulan). Masa tu memang tak larat nak jalan dah. Paham-paham la parking kat Bangsaq tu teruk macam mana kan? Memang susah gila nak dapat parking depan office. Kalau nak dapat parking depan office kena pi awai la. Dan pulak la kan nak pi office awai sebab bila dah bangun tidoq tu saya nak kena uwek-uwek 4-5 round dulu baru buleh nak siap-siap. Huiiiihhh Hazaaaabbb Dengan jemnya, dengan susah parkingnya, memang saya surrender la. Dah la tiap kali lunch saya memang tak larat nak jalan, nasib baik la office mates semua ok buleh tolong tapaukan. Tu pun kalau kena selera hari tu tekak teringin nak makan apa yang juai kat kedai-kedai kat situ, kalau tak dak selera memang mintak depa beli buah jaaa Kalau tak dak selera makan apa-apa saya prefer tidoq ja time lunch.

Okkk masa tu memang seram la, disebabkan jarang makan, banyak kali dok rasa nak pitam & penah jatuh tergolek kat depan rumah orang sebab pitam. Jangan kata depan rumah orang, tengah tolak pintu KFC pun saya jatuh pitam. Maaaluuuuuu Tapi masa tu tak pikiaq apa dah. Bukannya saja-saja nak pitam depan pintu KFC tu. Huuuu Sebab banyak kali cubaan nak pitam & memang terpitam jugak tu la yang saya nekad nak resign. Bukan saja-saja tau nak manja-manja time pregnant masa tu T.T
Post a Comment