Monday, December 17, 2012

Monday blues no more?

Oh! Memang laaa Sebab dah jadi surihanirumah kan?? Tapi jadi housewife ni sangat la tak semudah yang disangka. Expectation dari suami lebih tinggi terhadap terhadap kami para suri ni kot? (Teori buat sendiri. Heh!) Adoiii

Hari-hari bila post gamaq Hannah kat instagram & twitter mesti ada kawan-kawan yang komen, " Bestnya dok rumah, hari-hari buleh main dengan Hannah" "Bestnya jadi surirumahhh" " Tensionnya kejaaa teringinnya jadi housewife" "Planning to be a housewife, yay or nay" For me of course la NAYYYY

Tau tak bila kita jadi housewife ni, expectation dari suami amatlah tinggi. Ye laaa Dah kita dok rumah, of course la dia harapkan kita uruskan rumah elok-elok kan? Rumah berkemas, baju berlipat, bilik air bersih & food ready by the time dia sampai rumah dari keja. Hoi. Hoi. Hoi. KakWan tak penah jadi se-perfect tu kot? Haha! KakWan ni elok Popo sampai rumah baru kalut nak masak for dinner (dah defrost ayam daging semua la siap-siap. Potong-potong bawang semua tu semua. Melampau la kalau Popo sampai rumah baru nak bawak kuaq segala rencah kan? Heee) Hannah ni memang tak suka kalau kita tinggal dia sorang-sorang. Asyik nak berteman jaaa sebab tu tak dan nak buat apa T.T

KakWan tau ada jugak housewife yang buleh sampai tahap perfect tu, tapi nak buat semua keja tu kena la ada kecekalan yang kuat kot? Haha! Maybe kalau KakWan hantaq Hannah pi dok kat baby-sitter baru buleh buat semua tu. Sebab my baby ni is so manja & kalau nak tidoq pun nak Mami dia temankan. Adoiii Normal ke tak ek kalau macam ni? Ke memang KakWan yang selalu manjakan dia sangat? Hurmmm Risau la jugak. Kalau tidurkan dia sorang-sorang ja, dia mesti tidoq tak sampai 10 minit pun. Pantang dengaq bunyi, mesti bangun. Walaupun just bunyi plastik, bunyi orang selak paper & bunyi bukak pintu fridge kat dapoq. Kalau dengaq bunyi keta, moto lalu & anak jiran dok menjerit apatah lagi kan? Huuu Jenuh la Mami cani Hannah Bila Mami ada kat sebelah baru dia akan tidoq lama-lama, kadang-kadang sampai nak dekat 2jam tapi selalunya setengah jam ja. Cis!

Nak makan on time? Kirim salam je laaa Kadang-kadang my lunch is at 3pm. Kadang-kadang tu sempat makan biskut, roti or buah jaaa Tapi selalunya KakWan akan masak lebih untuk dinner or breakfast, so the leftover KakWan buat lunch. Makan leftover? Sedihnyaaa Lagi sekali

Bestkan kalau keja? Makan buleh on time, buleh jumpa orang & cukup time balik keja, amik anak kat baby-sitter, masak untuk dinner (kalau dan. Hehe! Kalau tak dan tapau kat kedai je laaa) makan, tidoq. Duit poket pun ada, sebab bergaji kan? Ada benda bekenan teruih beli. Hehe! Tak la bergantung harap kat Sang Suami sangat. Kalau jadi housewife ni memang your life ni around your kid(s) je la. Kan? Bersosial dengan kawan pun on Facebook, Twitter, Instagram & etc. ja (tu pun time Hannah tidoq). Duit poket pun kena berjimat, sebab hat tu je la yang ada, tak buleh nak bermewah-mewah sangat.

Tapi apa-apa pun semua benda ada pros & cons. Kalau keja mesti tak puas nak main dengan anak, hantaq kat baby-sitter pun hati tak senang, asyik dok pikiaq dia makan ok ka perangai ok ka? Rumah baby-sitter tu terbalik dak hari ni? Hmmm Kalau jadi housewife pulak, kalau anak saket demam tak payah kalut nak apply cuti kat boss, senang nak jaga & bawak pi klinik. Kesimpulannya, memang 24jam la tengok anak depan mata sampai anak buleh jadi manja taik kushing. Haha! Macam Hannah kan, dia tak heran langsung tengok Dedi dia bersiap pagi-pagi nak pi keja, tapi bila Mami dia sarung tudung ja dia mula la buat perangai. Haha! Hannah.. Hannahhh Ni yang Mami geram dengan Hannah niiiii

Post a Comment