Tuesday, December 4, 2012

Hannah Oh! Hannah: 6 bulan sudahhh

Alhamdulillah. Anak Mami membesar dengan sihat & kuat. Kuat apa? Kuat gheyauuu Yeayyyygghhhhtui! Hehehe

So, bila dah masuk 6 bulan ni Hannah dah buleh consume solid food la kan? Tapi Mami macam takut nak bagi la. Pn.Kumah hari-hari call tanya hari ni cucu dia makan apa? Awat tak bagi makan nestum ja? Senang sikit. Haaa Memang la senang.. Tapi takut la nanti bila dah makan solid food Hannah ada problem nak poopoo pulak Nani oi. Hehe. As the solution, Mami just bagi ayaq kurma dulu. Yup! Amik 2 bijik kurma, rendam dalam ayaq panaih. Then bila agak-agak dah lembut Mami buang bijik dia & tenyeh sampai lumat. Then tapis masuk dalam botoi.

Memang makan masa jugak la Hannah nak abiskan ayaq kurma tu. Mami buat pun bukan banyak mana pun, 3-4oz ja kot? Tapi petang baru habih minum. Ye laaa takes time la sikit kan? Benda baruuu Hehe Tapi dah hari-hari sumbat, hari ni laju ja dia perabih 1 botoi. Tak tau la sebab sedap or sebab malaih nak layan Mami yang asyik dok sumbat botoi tu kat mulut Hannah ja selagi ayaq tu tak habih. Haha! Sabaq na Hannah? Nanti Mami suap puree pulak. Lepaih tu moi pulak. Kalau rajin laaa Amiiinnnnn Hehehe

My cousin hari-hari bagi anak dia makan kurma, la ni anak dia dah setahun lebih dah. Memang nampak kulit anak dia cantik, bibir meraaaaahhhh sangat! Memang nampak macam pakai lipstik! Ye la, kurma kan bantu tambah darah. Masa kita pregnant dulu pun elok makan kurma kan? Makanan sunnah. Mesti la banyak kebaikan Kan? Heee Insyaallah Mami akan bagi Hannah makan kurma hari-hari without miss.

Lagi satu, serat dalam kurma tu bagus sangat untuk bersihkan mulut baby. Tambah lagi bagi baby yang consume formula milk, sebab nanti sisa-sisa susu tu macam lekat kat mulut & lidah kan? Lepaih tu mula la jadi ulser. So, nak elakkan baby kena ulser, Mummies rajin-rajin la buat ayaq kurma bagi baby minum. Insyaallah baby ampa tak kena ulser.

Sambung balik pasai poopoo Hannah, bila dah makan kurma dia poopoo pun keluaq kurma la. Hehehehe Bai!

Post a Comment