Friday, November 2, 2012

Pengalaman Mengandung & Ada Fibroid: Why Me?


Sambung balik cerita pasai fibroid ni. Even rasa ralat jugak nak jadikan entri dalam belog, tapi cerita pi laaa At least dapat jugak bagitau kat penghidap fibroid lain yang depa ada kawan se-penyakit. Eh! Betui laaa Dulu KakWan ingat KakWan sorang ja yang ada penyakit ni.. Sebab bila google asyik jumpa orang juai ubat bagi kecut fibroid jaaaa KakWan nak cari orang yang ada experience fibroid la wahai gugellll Keciwa! KakWan nak tau cane depa buleh handle fibroid depa. Nak share experience dengan depa. Nak share story dengan orang lain segan, ye laaa mostly kawan-kawan KakWan mana tau apa tu fibroid. KakWan dulu pun tak tau apa tu fibroid. Bila dah kena baru tu. Sekian T.T

Nak tanya secara terbuka kat FB macam segan la plakkk Satgi tak pasai-pasai semua orang tau. Nak tanya kat belog sendiri macam... ada orang ka baca belog ni? T.T Sebab tu rasa double down sangaaaatttt Sedih! Takut jugak orang ingat KakWan tagih simpati & nak cari publisiti murahan dok cerita penyakit ni. End up, KakWan pendam sorang-sorang & ayaq mata la yang jadi teman setia. Tapiiii at last jumpa jugak sorang blogger ni dia ada fibroid & dia pun tengah pregnant. So KakWan memang selalu refer dengan dia la pasai fibroid ni. Alhamdulillah. Hehe

Sejujurnya since tau yang diri ni ada fibroid, KakWan selalu pikiaq "Why me Allah? Whyyyyy me???" "Beratnya ujian yang hang bagi ni Ya Allah oiiii" Tapi KakWan lupa.. KakWan lupa yang Allah takkan memberati manusia melainkan yang termampu olehnya. Firman Allah:

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Kan? Start dari hari tu KakWan mula muhasabah diri (kononnnn) Mungkin ada sebab Allah bagi ujian ni kat KakWan. Mungkin sebab sebelum ni KakWan lalai sangat dengan dunia & lupakan akhirat. Mungkin sebab sebelum ni KakWan jarang berdoa kepada Allah. Mungkin sebelum ni KakWan tak menghargai hidup KakWan sehari-hari. So Allah hantaq peringatan ni kat KakWan. Peringat jangan lupa solat. Peringat jangan lupa berdoa kat Dia. Peringat jangan terlalu mengejar dunia. Peringat jangan makan banyak sangat. La ni Allah bayaq cash ja KakWan oiiii Setahun jugak la menanggung hazab ni.

Haaa Kan dah panjang entry pasai benda ni? Tapi banyiaaakkk lagi yang nak cerita kot? Tunggu dulu la. Nanti baru sambung lain. Kalau nak cerita kat entry ni jugak jenuh la termuntah nak baca sebab panjiang sangat. Hehehehe

P/S: Kalau ada readers yang tau sapa-sapa ada fibroid, bagitau ek? Nak tau jugak experience depa. Tapi masalahnya, ada ka readers kat belog ni KakWan oiiiiii Kahkahkah. Gelak kat diri-sendiri. Gelak kat belog sendiri. Ok. Bai
Post a Comment