Thursday, November 29, 2012

Hannah Oh! Hannah: Her milestones

Lagi berapa hari ja Hannah dah nak masuk 6 bulan. Yeay! & Mami masih lagi setia temankan Hannah kat rumah ni. Rasa macam jadi P.A Hannah pun ada. Haaa P.A tak bergaji. Hang penah tengok P.A dukung retis??? Penah tengok P.A basuh poopoo retis??? Aku lettew T.T

Kadang-kadang rasa bersyukur sangat buleh jaga Hannah fulltime, buleh tengok ragam dia hari-hari, buleh tengok dia buat benda baru. Nikmaaaatttttnyaaaaa Tapi time angin dia mai, Astaghfirullahal'aziiimmm Sabaq je la. Rasa macam nak bagi ubat tidoq pun ada. Haha! Kalau dah Mami pun kadang-kadang tak larat nak melayan anak dara Mami sorang ni, cane la gamaknya bila dia dok kat BS nanti? Aku rasa BS dia buleh meroyan dalam masa 1 jam ja! Huuuu So cane Mami nak keja ni Hannah???

Semalam Pn.Kumah called, dia bagitau kalau nak bagi Hannah kurang meragam, selalu la bacakan surah Al-Inshirah kat Hannah masa dia tidoq. Cara dia - Letak tangan kanan (ibu) kat dada (anak). Baca surah Al-Inshirah tu 3 kali then hembus dari ubun-ubun (anak) sampai hujung kaki dia. Haaa Amalkan selalu, Insyaallah anak akan lembut hati & kurang degil.

Cakap pasai perkembangan Hannah, since dia demam last week dia tiba-tiba dah pandai menyusur. Haha! Bayangkanla tengah nangis dengan hidung berair & batuk-batuk, tiba-tiba dia bergolek meniarap & menyusur sesungguh hati. Memang la tak jauh mana pun dia menyusur, tapi effort yang dia bagi tu memang 150% for her every single move. Terharu mak noks! Anak Mami dah beshaaqqq HAHAHOver kau jahhh Anak baru buleh menyusur kot?? Bukannya dah pandai masak nasiikkk

So minggu ni dia dah laju dah menyusur, pantang lepa beliau dah sampai depan tv & tolong nak mengemas segala bedak, baby oil, minyak yuyi tu semua. Amboooiiiii Besa ni! Start minggu ni jugak Mami dah tak lepak atas katil dengan Hannah dah. Risau satgi tergolek bawah katil plak. Katil tu pun buleh tahan la tinggi. Isk! Disebabkan tak mau kejadian yang tak diingini berlaku, Mami bentang toto kat depan tv tu teruih. So melepak la dua beranak kat depan tu, malam nak tidoq baru masuk bilik.

P/S: Lepas ni nak kena buat sekatan jalanraya la plak. Satgi sedaq-sedaq tengok dia tengah goreng ikan kat dapoq. Laaaaagiiii haruuuuu Kihkihkih

Post a Comment