Monday, October 22, 2012

Ruam Lampin & Baby Tak Dapat Dipisahkan

Setakat 4bulan 2minggu 6hari ni Hannah dah try 4 brand diaper yang ada di pasaran. So far semua ok. Janji jangan pakai lebih dari 5jam. Kalau tak memang confirm naik rashes kat situ. Faham-faham la baby bila ada rashes kan? Memang naaangihhh ja. Ye laaa Dia tak selesa kot? Then pedih & saket bila ayaq kencing terkena kat rashes dia tu. Dulu masa dia first time kena rashes tu nurse suggest beli Drapoline kat farmasi then sapu kat situ. Puan Kumah pun sapu la. Tapi kena ja krim kat kulit, Hannah teruih gheyau kuat gila. Cuak jugak la Puan Kumah teruih angkat Hannah p basuh pepet. Last resort, Puan Kumah sapu vitamin E yang KakWan penah amik kat klinik dulu sebab masa pregnant KakWan kerap gatai-gatai kaki sebab peluh kot. Dan esok pagi bila bangun tengok rashes memang hilang la. Tapi dalam hati risau jugak sebab kat tudung krim tu dah tulih 'racun'. Takut kalau effect apa-apa plak kat Hannah. Ye laaa Baby lagi kot? 😢

Sebabkan takut kalau-kalau Hannah jena rashes lagi, balik Penang dulu kami dah p amik ubat diaper rash tu siap-siap kat Hannah. Bukannya kat KL takdak ubat rashes ni, tapi tak tau kat mana nak tuju. Ye laaa Tempat orang kan? Kalau tempat sendiri kita tau la jugak ubat kat klinik mana yang ok, mana yang tak ok. Kan? KakWan amik diaper rash cream tu kat Klinik Dr.Sobri, Taman Desa Murni, Sg.Dua (sebab ramai sedara KakWan yang ada baby amik krim ruam lampin kat klinik ni so kami pun try la jugak) Alhamdulillah la ni kalau Hannah kena rashes, KakWan sapu krim tu setiap kali tukaq diaper & dalam masa sehari-dua hilang la rashes tu. Yay!


Of course Drypers adalah sangat membantu Mami yang malas bangun tengah malam salin diaper Hannah ☺
Post a Comment