Tuesday, October 2, 2012

Hannah Kena Tepuk

Sebab nak buang kahak yang melekat dalam paru-paru dia. Seram dak dengaq? Hehe. Actually kalau kita bagi baby makan ubat batuk result dia lagi menyeramkan ok? Sebab ubat batuk bagi kita stop batuk, bila kita stop batuk kuman still terperangkap dalam paru-paru & kahak akan terus melekat kat dalam tu. Seterusnya kuman tu la yang bawak banyak penyakit especially asthma. Allah dah anugerahkan kita batuk untuk keluarkan kuman, tapi kenapa pulak kita nak hentikan batuk tu? Haaa Tak pasai ja kena lecture dengan Encik Doktot kat dalam bilik dia semalam.

To be honest, walaupun saya ni practice doctor tapi saya cukup pantang dengan ubat batuk - Dr. Nadir Khan.

And to be honest, KakWan suka dengan cara Dr.Nadir ni rawat patient dia. Dia sendiri yang panggil patient dia sorang-sorang masuk bilik ok? Tak guna assistant macam doktot lain. Memang sangat friendly & cara dia explain kat kita pun seketui-seketui, senang nak faham. KakWan tau pasai klinik ni pun sebab Hannah demam lepaih cucuk 3bulan hari tu. Ramai bloggers review klinik ni paed klinik yang terbaik yang depa penah pi. Dah alang-alang dekat, KakWan pun ajak la Popo pi sana. Alhamdulillah, cepat ja kebah demam Hannah hari tu.

Selesema Hannah ni kita tengok la 2-3 hari lagi cana, makin ok ke tak. Tapi sebenaqnya tak la teruk mana pun selesema mek ni, just KakWan takut melarat ja sebab tu bawa pi klinik awai-awai. Tak sanggup la nak tengok dia sakit. Baik pi cari ubat dulu sebelum melarat. Kan?

Sebelum balik Dr. Nadir ajaq cana nak steaming & tepuk (cupping) kalau Hannah selesema & batuk lagi. Buat kat umah ja, tapi kalau tak baik jugak kena bawa pi klinik la beliau akan sedut kahak.  Dr. Nadir sambung lagi, "Ramai parents yang komplen kat saya yang anak diorang batuk & muntah teruk lepas buat steaming & cupping ni. saya tanya diorang, anak muntah keluar apa? Diorang cakap KAHAK. Haaa memang tujuan awal kita nak keluarkan kahak kan? so bila dah keluar kahak tu kenapa nak risau lagi?" Insyaallah la Mami try tak bagi Hannah selesema & batuk teruk ok? So tak payah la kita jumpa Doktotttt Yay!

Sapa rasa nak kena tepuk buleh la pi sana ok? Bukan budak-budak ja dia tepuk, orang tua pun dia tepuk jugakkkk Hehehe time tunggu turn nak jumpa doktor ampa akan dengaq bunyi pap-pap-pap dari dalam bilik dia. Dia tengah cupping patient dia lettew. Kalau nak tau kat mana klinik ni gugel ja Dr.Nadir Khan, memang bederet blog review pasai beliau. Gila femessss Kalah artis gitchuuuu

Last but not least, terimalah gamaq hidung Hannah yang tak berapa mancong ni. Harap pipi ja yang terlabuh-labuh. Eh! Terkutuk anak sendiri plak. Hehehe

Post a Comment