Wednesday, September 5, 2012

Silent is Golden

Semalam Pn.Kumah dok sapu sampah kat porch depan rumah then ternampak botoi racun yang Popo letak kat depan keta tu. Dia suruh simpan kat tempat lain bila Hannah dah buleh jalan nanti. Risau kalau dia rajen mengemas. Risau jugak kalau dia buat ayaq sirap guna racun tu. Lagi la haru! Budak-budak ni kalau dok diam ada la benda yang dia dok buat. Rajin-rajin sikit dok perati. Jangan dok ingat kalau dia diam tu dia tengah tidoq. Silap-silap penuh rumah dengan sabun (sebab KakWan letak sabun basuh baju kat lantai ja. Hehe!)

Lepaih tu tekeluaq la satu cerita.. Wani ingat dak lagi masa kecik-kecik kita p raya umah kawan ayah Wani dengan Makcik Ani? Hang tau la makcik hang kan? Kalau buleh besembang memang rancak. Dok cerita la Syapik (masa tu bebi lagi) baguih. Senang jaga, tak buaih sangat, budak baik.

Haaa Baik la sangaaaattttt Diam-diam dia dok pi mengemaih rumah kawan tu jumpak botoi Dettol. Dia punya dok main laaa Dok tuang kat ataih peha dia sampai abih sebotoi. HAHA Nasib baik la tuang kat peha. Kalau tuang kat mulut tak ka naya? Pandai jugak hang Syapik no tak buat minum. Hehehe

So please aware with your toddlers ya wahai parents sekelian. Benda ni kadang-kadang buleh jadi lawak bila dikenangkan balik. Tu kalau bernasib baik macam Syapik la sebagai contoh. Kalau yang tak bernasib baik macam beliau? Maka jadi kenangan sedih la. Tapi tak mau la jadi lagu tu T.T



P/S: Agak-agak sapa yang bukak botoi Dettol tu? KakWan ka kakak-kakak dia yang tolong bukak? Sampai lani tak tau. HEHE

Post a Comment