Tuesday, September 25, 2012

Review Set Bersalin HPA

Salam dear blog readers, thanx for all your support & la ni KakWan tengah recover la dari surgery Jumaat lepaih. Cemuih weh tak tau nak buat apaaa Nak bangun kerap-kerap pun takut jugak. Takut jahitan kat perut tebukak. Huuu Seram kan? Kalau potong ikut 'pintu' buleh la jugak nak duduk-duduk kat depan tu tengok tv sambil minum kopi cicah biskuit, ni masalahnya potong ikut 'tingkap.' Tak buleh la nak melasak sangat T.T So, better berbaring ja kat katil ni sambil online & bf Hannah bila perlu.

Hari ni rasa macam nak buat review pasai set bersalin HPA yang KakWan guna sepanjang berpantang hari tu. Sebab ada yang tanya ok dak? Rasa sedap badan dak lepaih guna? Mahai dak? Renyah dak nak guna? Baguih sangat ka set bersalin HPA ni sampai KakWan tak mau beli set bersalin hat lain? Haaa Banyak gila persoalansss Sebelum ni dok jwb personally kot FB & sms jaaa Hari ni baru nak jawab secara bundle semua soalan. Nampak sangat boring tak tau nak buat apa kan?? Selalu dok malaih sangat. Dok post gambaq jaaa Rasain loh! Mengarang la hari ni sampai penat. Hehe!

Kalau nak tau dalam set bersalin HPA tu ada apa buleh la p bukak website HPA then check kat situ, depa memang cerita detail dari jenih produk, cara makan, cara guna, pil ada bopa bijik, minyak ada bopa botoi, semua la ada. KakWan just nak review result semasa & lepaih guna ja. Hehe! Dasar pemalaih! Karang panjang-panjang pun bukan orang nak baca puuunnn

Sepanjang pregnant dulu memang KakWan kena rajin menggugel la dok cari review set bersalin mana yang baguih, mana yang dak. Tapi memang susah la nak jumpa orang review pasai set bersalin HPA ni. Jumpa belog yang dok juai set bersalin ni banyiaakkk laaa Ramai yang dok review NR, Mak Dara, Shaklee, Tropical Herbs, Tanamera, Leesa Formula & Salindah jewww Popo plak jenih yang nak KakWan buat presentation ja kat dia. Bukan nak tolong cari sekali. Huuu Dia kan Menteri Kewangan dalam rumah tangga ni? Kira KakWan cari, beliau la beli. Tapi jenuh ok nak yakinkan beliau. Makan bulan la jugak T.T

Ok. Firstly KakWan beli set bersalin ni sebab lepaih survey semuuuaaaaa set bersalin lain harga depa ada yang sangaaattt mahai mencecah RM800 dan ada yang semurah RM50. Bila tanya kat orang yang pakai set bersalin mahai tu dia memang fully utilized the whole set tu ka dak, dia kata dak. Sebab tak dak disiplin, malaih & renyah nak kena prepare satu-satu benda tu contohnya pilis & param. Eh! Macam KakWan ja Hehe Ye laaa Kalau dah mahai mesti la macam-macam yang ada dalam set tu kan? Larat ka nak guna? Hehe! Lagi satu, bila baca review set bersalin NR & Mak Dara pun ramai yang tak fully utilized the whole set tambah-tambah lagi bab jamu sebab anak depa kena jaundice so depa kena stop makan jamu sebab takut btambah teruk jaundice tu. So KakWan pun dok pikiaq jugak satgi kalau aku beli set bersalin mahai-mahai anak kena jaundice buat rogi jaaa Baik beli hat yang murah tapi buleh guna semua. Baru la berbaloi.

Lepaih compare berapa jenih ubat depa bagi, berapa botoi minyak barut, berapa botoi minyak bayi, bengkung & etc. Mostly bagi 8-9 item dalam satu set bersalin. Tapi harga setiap set banyak jugak la beza. So dari sepanjang-panjang set bersalin yang ada dalam list tu, tinggai 2 ja untuk KakWan pilih. Either HPA or X. Harga pun tak beza banyak mana, set bersalin X RM100 & set bersalin HPA RM90. Tapi Popo dok berkeras tak mau beli set yang murah sangat pulak dah. Takut tak berkualiti. At least dia nak set bersalin tu harga RM150 ke ataih. Dia kalau buleh nak belikan set bersalin Y. Tapi KakWan tak mau laaa takut buat rugi jaaa Beli mahai tapi guna sikit. Anak first ni kita try la buat experiment dulu ye dak? Kita beli yang biasa-biasa jaaa Mana tau walaupun tak semahai mana tapi serasi dengan badan kita kan?

So end up beli set bersalin HPA la. Benda-benda dalam set ni makan & guna ikut hari yang ditetapkan. Contoh macam jamu yang depa bagi kan, kena makan dari hari ke-4 berpantang sampai ke-16 pantang (kot?) tak ingat la.. Mandi ayaq herba plak dari hari apa ke hari apa. Macam tu la lebih kurang. Tapi jangan risau.. Dia tulih cara guna set bersalin ni kat kotak set bersalin, botoi & bungkusan plastik yang ada kat dalam tu. So kita ikut la aturan yang dia bagi tu saaampai la abih pantang. Senang kan? Tapi yang prepare semua tu Pn.Kumah laaa Tak larat la KakWan nak buat ayaq mandi herba tu semua.

Bila abih pantang still tinggai minyak barut, minyak bayi & teh herba ja yang tak abih guna. KakWan jarang guna minyak barut tu sebab Pn.Kumah rajin urut guna minyak urut panaih & baby plak asyik dok letak minyak yu yi ja. Hehe! Tapi minyak barut tu memang berkesan la buang angin. Lepaih sapu kat perut asyik kentuuuuttt ja. Hehe! Minyak bayi tu pun baguih jugak untuk kembung perut. Teh tu tak abih minum sebab selalu lupa nak rendam minum. =P

Kalau tanya KakWan set bersalin ni ok ka dak KakWan rasa ok kottt TAPIII Pn.Kumah kata tak ok sebab jamu dia tak panaih. Sepatutnya masa dalam pantang kita kena panaihkan badan sebab darah hilang banyak masa bersalin. Pn.Kumah kata dulu dia masa dalam pantang asyik berpeluh jaaa Badan selalu panaih, nak minum ayaq & cari peluang ja nak dok kat kipaih. KakWan plak dok dalam bilik tak pasang kipaih pun still nak pakai sweater siap berselimut lagi tuuuu Kalau dok bawah kipaih buleh terketaq-ketaq ok??? Sampai la abih pantang jadi lagu tu Ayaq ais memang tak berani nak minum sampai Hannah nak dekat 3bulan la jugak. Haaa Dasyat kan?

So kesimpulannya jamu dalam set ni memang tak serasi dengan KakWan. Tapi benda-benda lain buleh diguna pakai lagi la. Next time kalau ada rezeki maybe KakWan nak try amik jamu mak dara la kot? Hehehe Baru la buleh pakai kebayewwww Macam Mak Darew?  =P
Post a Comment