Monday, August 13, 2012

Raya Oh! Raya 2012

Tahun ni Mami macam tak bsemangat sangat nak sambut raya sebab dah tau raya ni tak buleh nak makan macam-macam sangat. Semua kena amik dalam portion yang sikit kalau nak makan. Contoh yang paling dekat ialah ketupat. Huuu Sebab ketupat kan dibuat dari pulut? Dah tu ada kacang plak kat dalam tu. Lagi la tak buleh makan lebih-lebih T.T

Patut la masa pregnant dulu orang dok pesan makan puaih-puaih sblum beranak kan? Sebab banyak benda feveret Mami dah tak buleh makan lepaih beranak ni.. Mi tak buleh makan, koey teow pun tak buleh makan, laksa lagi laaaa Ada yang kata laksa tak buleh makan sampai 2 tahun! Huuuu Ingatkan tak bukeh makan masa dalam pantang jewww Sebab takut sejuk & demam.

Kacang-kacang pun tak buleh makan, tempe pun tak buleh makan nanti kembung perut. Masa awai posa dulu tak tau kata tak buleh minum soya then beli la untuk berbuka. Siap beli stok banyak gila Soya Yeo's.. Ha laaaa Minuman wajib di bulan puasa kot? Hari-hari minum. Esok tu time siang dok saket perut sorang-sorang kat umah. Saket oooo Seminggu jugak la perut buat hal siap p klinik amik ubat. Habaq la kat Pn.Kumah pasai saket perut tu last-last dia kata sila stop minum soya. Esok tu teruih baik tak saket perut dah. Ajaib!

Huuu Tak sangka dah abih pantang 44hari pun kena sambung pantang lagi. Suamiku, sila la hargai isterimu ini. Beliau dah tak buleh enjoy makan macam dulu lagi T.T

P/S: Takkan la raya ni Mami nak makan almond london, cornflakes madu & suci dalam debu ja kot??? Hilang nikmat rayaku T.T


Oh! My Favourite!!!
Post a Comment