Friday, August 3, 2012

60 Hari Bersama Hannah



Semalam Hannah genap 2bulan. Alhamdulillah. Tak sangka KakWan mampu bertahan jugak jaga beliau. Ha laaa Kitew mana ada experience dengan bayi & kanak-kanak. Tak penah ada adek la kata kannn Anak menakan pun tak penah ada. Menumpang anak menakan suami mampu laaa Tapi kitew tak berani nak menumpang lebih-lebih. Sebab kitew ni suka mengusik budak sampai depa fobia nak jumpa kitew. HAHA

Rekod kitew dengan kanak-kanak memang tak pernah bersih dari dulu. Pn.Kumah memang risau la kalau dengan anak sendiri pun kitew buat lagu tu. Isk! Dengan anak sendiri takkan kitew nak mengusik jugak kot? Kadang-kadang je kitew buatttt Hehehe Buat selalu-selalu nanti dia sayang Dedi dia lebih plak nanti. Mana bulehhhh
Post a Comment