Thursday, July 26, 2012

Petua Elak Bebi Kena Jaundice



Ramai sedara, kawan & even nurse KK yang mai melawat kat umah tanya KakWan makan apa masa pregnant dulu sampai bebi tak dak kuning (jaundice) langsung. Seingat saya dulu la kan.. masa pregnant tak penah la plak amik apa-apa supplement or minum susu kambing untuk elak bebi kena kuning ni. Tapi Alhamdulillah.. Dari first day lahir sampai la ni beliau memang tak kena kuning. Masa first day beliau dah poo poo & pee pee. Banyak plak tu (sabaq je la).

Hari ke-4 plak pusat bebi dah luruh. Orang kata bila pusat dah luruh maka terhindarlah bebi dari kena kuning. Yay! Alhamdulillah.. Allah permudahkan fasa awal kehidupan beliau =)

Rasanya sebab dulu masa pregnant saya suka makan chocolate milk & almond kot? Sebab tu bebi tak kena kuning. Tak tau la.. Saya try google pasai khasiat almond & cekelat tak dak kena-mengena la plak dengan jaundice ni. So KakWan buat teori sendiri je lewww Hewhewhew

Tak pun beliau tak kena jaundice sebab dalam nama beliau ada Humayraa kot. Kan maksud Humayraa tu pipi yang kemerah-merahan? =) Tak pasai buat lagi teori sendiri. HAHA

P/S: Even tak sure teori KakWan ni.. Tapi try la makan almond selalu. Sebab almond kan baik untuk kesihatan? =)

Post a Comment