Tuesday, July 24, 2012

My Maternity Journal =)


Cak! Rindu KakWan dak? Hehe! Lama gila tak hapdet belog. Rindunyew kitewww Pejam celik pejam celik dah masuk 4 hari dah kita posa. Bebi pun dah 52 hari. Yay! Alhamdulillah =) Ingat hari tu masa dalam pantang nak la hapdet belog ni sikit-sikit tapi haghammmm langsung tak sentuh lagi ada Baru ja nak bukak blogger dan-dan la Cik Mek Molek ni hoheh-hoheh (read: nangih) Sebab tu la rajen hapdet kat FB & Instagram jaaa Sebab mudah & ringkas. Dasar mami pemalaih la kata kannnn =p

Tapi apa yang saya buleh kata since dah ada bebi ni baru saya tau yg macam-macam dugaan yang bakal ibu kena tempuh sebelum nak lahirkan baby. Dah ada bebi lagi laaa Sabaq je laaa Ingat senang nak jaga bebi? Tambah lagi masa dalam pantang. La ni jaga dia sorang-sorang kat umah tanpa bantuan PuanKumah lagi la mencabar. Awat la bebi tak reti becakap dulu sblum menangih ntah?? Lapaq nangeh.. Kembung perut nangeh.. Ngantuk nangeh.. Kalau buleh cakap kan senang sikit? Buleh la Mami tau apa yg Bebi nakkk T.T

Masa dok kat wad hari tu.. Lagi macam-macam experience saya dapat. Ada yang senang gilaaaa bersalin. Ada yang susah.. berhari-hari tunggu baru buleh bersalin. KakWan ni dalam kategori susah jugak kot nak bersalin. Dok dalam labour room punya la lamaaa Patut la syurga di bawah tapak kaki ibu kan?

Since day 1 bila kita ada bonding dengan baby dlm perut.. kita akan seboleh mungkin nak jaga dia elok2.. Nak makan makanan bekhasiat.. Nak buat amalan yg baik².. Tapi kadang² tak terbuat jugak tambah lagi bab nak makan makanan berkhasiat tu masa 1st & early 2nd trimester. Banyak sangat yg nak kena mengalah.. Kan? Makan tu memang la buleh makan.. Tapi last2 end up kat sinki jugak.. Kalau tak kat sinki.. Kat lantai bilik ayaq. Tak pun kat longkang. Ikut la kat mana yg dan. Haha! Nak buat amalan baik tu pun kadang² ke laut jugak. Contohnya kurang bergosip. Memang tak terbendung. Haih!

Bila dah nak dekat due plak lg macam2 dugaan yg mai. Bukan la nak mengadu.. mengeluh & tak buleh terima ujian yg Allah bagi ni. Tapi lebih pada nak simpan semua ni buat rujukan. Kot2 la nanti termengandung lagi. Buleh la refer kat blog sendiri jaaa Hehe! Setakat ni yang saya tau experience mengandung bagi setiap orang adalah tak sama. Jangan kata setiap orang.. Orang yang sama mengandung anak yang first dengan yang second pun kata experience dia tak sama. Pergh! Bayangkan laaaa Simptom maybe sama la kot.. Tapi cara pembawakan dia tak sama. Faham kot no? HEHE!

Ada yang senang je bawa perut dari 1st month sampai la dia deliver baby tu.. Tu yang sampai ada yang jumpa baby dalam tong sampah la.. dalam plastik sangkut kat pintu masjid la.. dalam toilet pun ada orang jumpa. Heran betui aku. Senang sungguh dia buat anak sampai ke buang anak. OK. Mesti la ada sebab dia buang kan? Tambah lagi orang Melayu (Islam!) Mesti la tak mau kena kutuk dengan family.. jiran & kawan² kan? Tapi macam.. Sebelum hang buat tu tak awat hang tak pikiaq dulu??? Baiklah. KakWan dah mula melalut -_-"

OK. Back to the main issue. Sebenaqnya entry kali ni more on nak buat journal mengandung hari tu.. Dan tiba² plak rasa macam nak buat blog lain khas untuk benda ni. Haih! Yang mana satu nak buat ni??? Mula dah tamak-haloba nak buat semua benda last² semua kecundang di tengah jalan. Heh!
Post a Comment