Sunday, July 29, 2012

Hannah oh! Hannah



Wehhhh Macam yang KakWan habaq sebelum ni.. Bebi memang mencabar kredibiliti seorang KakWan walaupun depa hanya sekadar 1/100 saiz KakWan. Huuuu Sapa yang tak dak anak lagi sila la honeymoon puaih-puaih dulu dengan laki ampaaaa Sebab bila dah ada anak ni semua benda nak buat adalah sangat terbatas. Nak mandi payah.. Nak poo-poo payah.. Nak masak.. Nak makan.. Nak tidoq.. Semuanya kena kena pikiaq pasai bebi dulu. Huuu Nak tengok movie? Hat tu pun sila lah jangan mimpi.. Mungken Sang Suami ja berpeluang nak p tengok movie. Sang isteri hanya mampu dok ja kat umah tengok TV sambil jaga bebi T.T

Cakap pasai tidoq ni.. Hannah memang tak dak jadual tetap tidoq lagi. Ikut dan dia ja bila rasa dia ngantuk dia tidoq. Pn.Kumah dulu dok pesan dah kat KakWan.. Nanti kalau bebi tidoq mak dia pun kena tidoq.. Tak la bila dia berjaga tengah malam nanti mak dia dok tidoq tak sedaq apaaa

Nak dijadikan cerita minggu lepaih seminggu dia tak mau tidoq malam. Dah la tak tidoq.. Nangih tanpa henti plak tu. macam Mami & Dedi dok dera dia jaaa Diulangi.. Seminggu ok? Dari hari Isnin-Jumaat. Masa sehari dua awai tu ok la lagi.. Mai hari Jumaat Mami & Dedi cuak jugak la. Ha la.. Hang mampu tak tidoq malam dok kena dukung bebi sampai dia lena? Kalau lena tak pa la jugak.. Ni masalahnya tak lenaaaa Jenoh wooo Last-last dia lena jugak. Tapi tau dak lena kui bopa? Kui6. Sesudah azan Suboh. Ada sekali tu sedaq-sedaq dah kui5.50. Maka terbabaih la soq (read: sahur) kami dua. Perghhhhh Tiap-tiap malam sepanjang 5 hari tersebut dia buat perangai ok??

Kira sebelum tidoq tu macam-macam jugak la saya baca.. Al-Fatihah, 3Qul & ayat Kursi semua saya baca.. Mula-mula elok la dia tidoq.. Tapi once dia terjaga tengah malam.. Sila la bersedia nak berjaga dengan dia jugak sampai ke pagi. Selalu yang jadi mangsanya Dedi la. Bila Dedi dah serender baru dia pass baton bebi kat Mami.

Disebabkan benda ni jugak la Mami terpaksa kensel last minit bukak posa dengan Uncles & Aunties Hannah hari Sabtu tu. Sebab masing-masing dah penat tak cukop tidoq. Takut Hannah dok buat perangai plak sepanjang hari sampai ke malam. Jenuh lagi la kamiii

Sebab risau sangat.. Pagi tu teruih call Pn.Kumah nak buat lagu mana ni? Hannah tak mau tidoq malam. Dah suboh baru nak tidoq. Tapi beliau pun tak tau nak buat apa. Huuu Redha je laaa KakWan pun google la cari kaedah penyelesaian. At last dapat jugak! Cara dia jangan bagi bebi tidoq siang banyak.. Baru la dia buleh tidoq malam. Kalau buleh waktu siang try sembang-sembang dengan dia, main-main dengan dia. Bagi dia aktif sikit. Kalau mengantuk bagi la tidoq sat.. At least bagi dia tidoq siang 2kali ja. Tapi jangan lama sangat.. Kejut dia kalau dah lama sangat.

Kami pun try la buat eksperimen tersebut kat beliau hari tu. Bagi dia tidoq 2kali ja. Sekali kui12 lagi sekali kui2. Then petang tu bawa dia p jalan-jalan sat. Tengah buka posa Pn.Kumah call. Risau kat cucu la tuuuu


"Mak dah sampai kat KL ni"


Haaaa Memang sunggoh dia risau kat cucu diaaaaa Sekian!

Eh! Result eksperimen tersebut? Haaa Agak berjaya laaa Hannah tak la tidoq sepanjang malam tanpa henti. Tapi dia jaga jugak bila lapaq. Hari ni tengok dia tidoq siang sakan la plak. Sampai la pun dok tidoq lagi ni.. Bangun bila lapaq ja. Risau la Mamiiiii Nak kena jadi burong antu lagi ka malam ni???
Post a Comment