Tuesday, May 22, 2012

Set Bersalin: HPA vs. Shaklee. Yang Mana Lagi Best?

Bosan dah nak survey pasai set-set bersalin ni. Semua baguihhhh Sampai tak tau nak pilih yang mana satu. Yang jenih jamu baguih, yang jenih supplement pun baguih. Tapi kalau buleh KakWan tak mau la amik set pantang jenih jamu sebab takut Bebi kena jaundice & tumbuh ruam- sebab panaih kan???

Tapi kalau tanya Pn.Kumah mesti la beliau sokong KakWan amik hat jenih jamu. Dah la jamu.. Hat jenih serbuk plak tuuu Pergh! Memang la dulu masa kecik-kecik KakWan slalu ja curi-curi makan serbuk ubat akaq kayu hat TokNek slalu buat. Tapi tak la makan sampai tiap-tiap hari. Bayangkan la kalau betui KakWan nak kena telan serbuk ubat hari-hari sepanjang pantang 44hari? Huiiii Tak buleh nak bayangkan aih! HAHA Macam perit jaaaa Tak sanggup cek!


Dalam masa 15hari lagi Bebi nak kuaq ni ingat nak bagi settle la bab-bab set bersalin ni. Satgi lambat beli kelam-kabut plak. Pn.Kumah pun asyik dok tanya ja bila nak beli ubat pantang? Takkan lepaih beranak baru nak beli? Haaa bunyi macam pegheli pun ada jugak. T.T Beli online ka direct kat stokist/ kedai kaaa Hat tu pun tak sure lagi. Nak beli set hat mana satu pun tak sure lagi jugak. Haihhh Tapi dalam otak ni ada shortlisted 2set ni la yang nak pilih. Either Shaklee or HPA. Dua-dua baguih. Tapi still ada pros & cons dia laaa


Hari tu Mami ada tunjuk 1blog ni kat Dedi.. Dia amik set bersalin Shaklee Review dia memang ok laaa Baby sihat.. Tak kena jaundice, ruam2 kat badan baby pun tak dak. Susu badan pun dia kata banyakkkk luka pun cepat baik, badan tak letih & tak sembelit berbanding masa dia beranak baby dia yang sebelum ni. Harga set bersalin Shaklee ni pun OK- RM100 untuk guna 44hari dalam pantang. Ok la tu kan? Reasonable.. Tak mahai sangat & tak la murah sangat untuk bakal ibu yang bajet kureng macam KakWan ni. HEHE Dalam set bersalin Shaklee tu ada 4jenih supplement yang kena amik- zink, vitamin B, vitamin C & multivitamin dengan zat besi. Memang sesuai sunggoh la untuk orang yang malaih nak makan ubat banyak-banyak macam Mami ni. Hehe Tapiiii Sekali tengok gambaq Baby blogger tu teruih Dedi kata toksah amik Shaklee laaaa Beli ubat lain. Sekian! Sebab.. Baby tersebut sangatlah sihatttt badan berketul-ketul macam maskot Micheline tu. Pergh! Mami pun takut jugak kalau Bebi jadi sebesaq tu nanti.. Jenuh nak dukong kot? Tapi masa tu diam je laaa Esok tu sajia la tunjuk gambaq baby tu kat Pn.Kumah.. Dan Beliau adalah sangat tekejut tengok tahap kesihatan baby tu & tak bagi Mami amik Shaklee jugak. Sekian.



Then survey la lagi.. Dah kata tak mau beli set tu kan? Baru perasan yang dalam list set pantang dulu memang Mami dah cari siap-siap dah semua produk.. Tanamera, Leesa, jamu Mak Dara, Nona Roguy, HPA, Salindah, Sendayu Tinggi semua ada la kesimpulannya! Just nak review balik jaaa Buka balik semua website & blog yang ada.. Macam terbekenan plak kat Set Bersalin HPA. Dah sah-sah la produk keluaran Bumiputera, ditanggung Halal semestinya sebab HPA kan?? HEHE Harga pun buleh tahan. RM90 ja for non-member. Dalam set tu ada minyak barut, minyak bayi, teh herba, ubat periuk, kapsul wanita A&B, Spirulina & ubat basuh. Haaaa Complete! Just tak dak bengkung jaaa Tapi kalau nak buleh ja tambah. Kawan Mami pun penah amik set berpantang ni & dia kata sangat berkesan! Kalau dah ada testimonial kata ok kira ok la kan? Dan yang pasti kedua-dua anak beliau tak dak yang tembam sampai jadi baby Michelin. HEHE


So la ni tunggu keputusan Menteri Kewangan rumah ni je la. Produk apa yang beliau nak beli & bila beliau nak beli. Jangan lambat sangat sudah laaa Satgi terberanak awai baru padan muka. Haaaa
Post a Comment