Friday, May 11, 2012

Ni Orang ka Penguin?

Dalam 2-3hari ni Mami dah start jalan macam penguin. Sebelum ni memang saket kat bahagian pelvis tambah lagi bila bangun tidoq & duduk lama². Tapi kira buleh cope lagi la.. Buleh tahan saket lagi & usaha jalan macam biasa but since last few days rasa macam gilaaaaaa sakettttttt Kalau nak try rapatkan kaki pun rasa macam perit sangattttt So end up biaq la jalan kengkang sat. Lagi berapa minggu je kan Bebi nak kuaq? Tahan je laaa =(

Kalau baca kat blog² pasai pregnant ni pun banyak yang cita pasai benda ni.. Saket kat bahagian ni jadi bila kepala baby dah turun ke bawah & tekan lantai pelvis. Sebab tu rasa tak selesa & saket. Tapi tu la nama dia pengalaman kan? Orang yang penah kena ja tau rasa dia macam mana. HAHAHAdoiiii 

Buat senaman ibu mengandung adalah langkah terbaik kalau nak bagi hilang rasa tak selesa bahagian tu.. Tapi Mami rasa macam takut ja nak buat  Nak jalan pun saket. Ni kan plak nak kangkang² semua T.T


Rasa saket ni bukannya masa kita sedaq ja tau? Time tidoq pun buleh rasa saket. Tambah lagi yang jenih tidoq statik macam Mami ni. Kalau dah mengiring kiri sampai esok pagi la dok mengadap kiri lagi ni memang bila terjaga rasa macam tak dak pinggang. Pergh! (Tapi since last few months jadual tidoq memang sikit lari lah. 1-2jam sekali mesti terjaga nak shi-shi) Bila nak telentangkan badan pun seksaaaa Ya Rabbi! Tambah lagi kalau nak mengiring ke kanan plak. Memang kadang² tu termengalir ayaq mata jugak laaaa Memang susah nak dapat posisi selesa -.-"

Kalau turun dari katil plak memang kena meruntun berpaut jugak la kat mana yang sempat nak paut. Slalu yang jadi mangsa mesti la baby cot kat sebelah tu. Sikit hari lagi aku rasa baby cot tu longgaq la. Dedi.. Sila skru balik mana yang patut. HEHE Tahap kelajuan Mami bejalan? Semestinya siput babi lagi laju. Huuu Doc dah bagitau dulu yang saket belakang & pelvis ni akan baik bila bebi dah kuaq nanti. Tapi bila bebi nak kuaq? Lambat lagi ka? Kalau kuaq awai sikit tak buleh ha? Awai sikit jaaaa Pleaseeee T.T

"Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan."

Post a Comment