Friday, May 25, 2012

Manisnya Kurma Iniiiii

Dengaq cita CikPuan Azrinaz Mazhar Hakim ada kat ON AIR semalam.. Tapi CekWan tak tengok pun sebab laki CekWan & mak CekWan lagi berminat nak tengok Che Ta kat Semanis Kurma. Pergghhhh Sendat ketat menyengat sunggoh topik yg dibincangkan- KENAPA NAK SINGLE.

Haaa Amat sesuwailah untuk sahabatku yang tengah single & tengah cari jodoh tu.. baru petang semalam dok sembang.. Tengok-tengok malam tadi dah dapat tips. Tapi sayang.. beliau tak tengok punnnn Mak buyong ni jugak la yang tengok. Haihhhh Tak pa.. Hat mana yang CekWan ingat.. CekWan boh kat sini na? Cik** jangan dok tak baca plakkkk

Ni antara tips yang Ustazah Siti Nor Bahyah bagi dalam nak dapat jodoh ni:

1.Solat sunat taubat
2.Solat sunat hajat (kot? Or tahajjud lupa laaa)
3.Puasa sunat masa birthday kita
4.Mintak ibu bapa doakan
5.Mintak alim ulamak doakan

Ayat ayat yang dibincangkan dalam semanis kurma untuk senang dapat jodoh:

Surah Yusuf Ayat 4- (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"...

Surah Yunus Ayat 81 - Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. < (ustaz cakap ayat ini perlindung dari sihir yang menyebabkan kemungkinan susah dapat jodoh )...

Surah Al Qasas Ayat 24 - Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".


Yang tu ja kot? Kalau ada yang tetinggai nanti buleh la tengok siaran ulangan kat TV9 & kat tonton. Hehehe Cewah! Terasa seperti seorang Ustazah plak di hari Jumaat ni. Renung-renungkan.. Dan selamat beramal.. Wassalammm =)


Post a Comment