Thursday, April 26, 2012

Saat Inai Merah Di Jari

Kan saya tak sempat nak buat review pasai wedding saya yang dah berkurun dulu tu kan? Ada yang tanya bila nak buat review pasai kawen hari tu? Saya macam.. Blerghhh Malaih laaa Kenduri saya hari tu buat besa² ja..  Sama macam orang lain jugak.. Yang penting ada Pengantin Laki & Pengantin Pompuan. HEHE!

Tapi bila dah bosan dok umah sorang² tak dak benda sangat nak buat.. Saya pikiaq buat p la review sikit². HEHE So untuk entry ni saya just nak highlight few things je la kot pasai wedding hari tu? Since ramai yang tanya pasai inai, mekap & Official Photographer. Saya jawab hat 3 ni je la Kira aci la kan? =P

Inai


Masa nikah tu saya mintak kawan saya (Haidaq) cum the pengapit of the day yang inaikan =)

Recommendation: Memang sangat rekemen. Tapi sila cari inai sendiri  kerana khidmat yang ditawarkan beliau ada FOC takkan inai pun nak FOC!!! Melampau kot??? HAHA



Untuk hari sanding plak saya try pakai inai kat kedai sebab saya macam tak puaih hati dengan mutu keterangan inai yang saya pakai masa nikah hari tu. Beli inai sendiri mana la nak tau sangat kan? So saya try pakai kat kedai India depan Market Sbrg.Jaya. Nama kedai saya lupa la plak =P Hasil dia agak memberangsangkan. Inai jadi merah sangatttt So untuk majlis bertandang pun saya pakai inai kat kedai tu jugak.

Recommendation: Saya sangat rekemennnn Sila la p. Sebelah tangan penuh macam yg saya buat tu dia charge RM15 sahaja. 2 belah tangan jadi RM30. Tambah dengan 2-2 belah kaki sekali total semua RM60 sajiaaaa Muroh! Kan? =P



Mekap

Saja boh gambaq hat kot belah banyak jerawat untuk tujuan testimonial HEHE

Mekap saya amik pakej skali dengan Pelamin & Baju Pengantin. Kira amik dari butik pengantin yang sama la untuk 3-3 majlis. Saya sangat suka mekap dia sebab long last & dia plaster cover abih jerawat saya masa tu. Masa tu kan jerawat sangat seronok membiak kat muka? Tension sangat kot nak kawen. Baru lepaih exam & prektikel plak tuuuu HEHEHE

Recommendation: Pakej kat butik ni memang murah. Seriously. Tapi kena pandai pilih pakej laaaa HEHE Baju² untuk disewa pun cantek.. Kalau  badan ampa hat jenih kuruih lagi banyaaaaakkkkk choices. Seriosly saya sangat jeles! Kalau bajet ampa besaq lagi la dia buleh buat lagi cantek especially pelamin & bilik pengantin. Tapi saya tak mau rekemen ampa p sana sangat sebabbb...... Tapi kalau nak p jugak PM saya k? Saya bgtau nama kedai =P


Official Photographer



Macam yang semua tau la kan? Mesti la En.Nazri Ahmaddddddd Dari Pre-Wedding Photoshoot sampai la Maternity Photoshoot semua gunakan khidmat beliau. HEHE! Kualiti gambaq? Macam yang dapat kita tengok la ni la. Kami dua slalu dok kata kat dia amik gambaq cantek² tauuuu Tapi dia kata yang bagi cantek gambaq bukan keja OP. Bagi cantek gambaq tu keja orang hat yang ada dalam gambaq. OK Fine T.T Sila prektis bagi muka jadi sangat fotogenik ya bakal pengantin² sekeliannn Kalau tak memang jadi macam kami dua laaaa T.T

Recommendation: Tepuk dada tanya selera. Mau gambaq kawen taraf profesyenel.. Harga OP pun taraf profesyenel laaa HEHE Kalau nak beliau amik gamaq kawen ampa ka gamaq betunang kaaa Ka apa² event buleh kontek beliau sendiri =)

OK. Cukup la kot review pasai kawen ni. Dah la kawen tahun lepaih. Basi dah punnnn Tulih panjang² pun buat cemuih nak baca jaaaa HEHE Bai! Nak p belek perut sat =)
Post a Comment