Friday, April 13, 2012

Kenapa Saya Rasa Panas Sepanjang Pregnancy? Normalkah?


OK. Normal. Ingatkan saya sorang ja dok rasa panaih gila since pregnant ni.  Google punya google.. Baru saya tau sebenaqnya ramai lagi yang M2B dok  rasa benda yang sama. Ingatkan sebab banyak sangat dosa sampai kalau lepaih mandi pun cepat sangat panaih & berpeluh-peluh. Kalau masa tidoq lagi la panaihhhhh Sampai basah bantai walaupun kipaih angin tu dok tala kat muka.  Memang peluh bercerau abih satu badan. Perghhhh Hot gila KakWan! 

So jangan pelik la sebab apa la ni kadang² saya macam cranky gila! Buat tu salah. Buat ni tak buleh. Nak keluaq malaih. Sebab dok rasa walaupun dalam umah ni panaih tapi kat luaq tu lagi panaihhhh Kalau keluaq pun memang pakai ala-kadar jaaa Mekap jangan harap laaa Lama gila dah kot tak mekap? Panaih weh panaih. Tak dan nak siap satgi mekap dah cayaq. HAHA! Mood swing? Slalu kot?? Kadang² mood OK. Kadang² KO. Kalau rasa rajen nak cakap saya cakap. Kalau rasa malaih nak cakap dok diam jaaa sampaikan bil Maxis pun save banyak sunggoh 3-4 bulan ni. Ha. Kan dah off-topic?? Asyik melalut ja aih! Kadang² tu sampai nangih sorang² sebab tak tahan panaih. Saya just nak dok diam² depan kipaih angin ja tanpa sebarang gangguan. Kesian kat laki aku T_T

Solusi? KakWan kurangkan lapisan pakaian & banyak minum ayaqqqq Tapi tak la membantu sangat punnn Malaysia kan panaih? Sekian. Rasa macam nak dok dalam peti aih ja!

Sebab-sebab panas badan:

-Tubuh wanita tengah mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas. (Ho.. Patut laaaa So I need to blame the hormones)

-Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh  janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas. (Sila la tengok perut saya. Kan membesar dengan jayanya? No wonder la panaih sangat T_T)

-Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas.Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.  (Again. It's your fault hormones!)

- Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan. (OK. Banyak kali pitam. No wonder)

Kalau dah kata lagu tu.. Sila la besabaq. Lagi berapa minggu ja bebi nak keluaq.. Harap² panaih badan ni pun keluaq skali dengan bebi la.. Sabaq KakWan.. Sabaq.. Sabaqqq
Post a Comment