Tuesday, March 27, 2012

Bebi Mami Dedi

Bebi Mami masa 11week+

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu-30 bebi dok dalam perut mami. Maken sakan dia dok menendang & buat somersault. Sebab mami dah makan banyak kotttt So dia pun maken kuat la nak melompat. Saket yang oiiii Buat la sopan² sikittttt Tapi kalau sopan sangat pun risau jugak. Ok la Ok. Buat la ikut suka kat dalam tu. Jangan melompat sampai terkeluaq sudah. HEHE

Cakap pasai makan.. La ni mami sangat la craving for chocolate. Memang siap ada stock kat dalam fridge la. Skali bukak amik sebijik. Dalam sehari ada la 44 kali bukak fridge kot? Burpppp Alhamdulillahhhh Bengkrap la dedi mcm ni nak kena provide stok cekelat tersebut sampai beranak =P

Oh! Yang almond tu la yang terpaling sedap sekali!

Kalau dulu masa first & second trimester mami tak lalu makan ayam & daging kan? Masuk ja 3rd trimester hari tu hari² nasi kena ada lauk ayam.. Tak lauk ayam mesti daging. Selera makan jangan kata laaa Memang bertambah! So tulang-temulang dah bersalut isi-berisi balik. HEHE Masa mula² ada selera makan tu mami still tak lalu nak makan ayam & daging. Banyak amik ikan.. udang.. sotong & sayoq jaaa Then nurse kat KK marah. Awat berat koi naik tapi HB koi turun? Ni mesti tak amik iron & banyak amik carb je ni. Kan??

Ok fine.Since pregnant hari tu memang HB mami tak pernah naik. Memang setiap kali check up kena buat blood test. Orang lain buat blood test skali dua ja T.T Ye la..HB penah drop sampai 8.1% kot??? Memang mami disahkan menghidap anemia teruk sebab HB kurang dari 9%. Muka pucat & asyik rasa penat ja.. Nak buat apa pun tak larat. Nak jalan tak larat.. Nak buat keja tak larat.. Nak drive tak larat.. Sampai nak cakap pun tak larat. Bayangkan laaa Haih! Rasa nak pitam tu jangan kata la.. Hari² rasa macam nak pitam kot? Memang tak buleh jalan jauh & kena panas. Telinga asyik rasa bengang ja & selalu pening². Sebab tu masa masuk ja 5bulan pregnant mami decide untuk resign & jadi suri rumah sepenuh masa ja. Nak rest kat umah sampai deliver bebi. Kesian dedi kena tanggung belanja rumah sorang² Insyaallah lepaih pantang nanti mami keja la balik.. La ni bagi la can kat mami rehat sat kat umah sambil blajaq asah bakat memasak. Ye dak? =P

Dan disebabkan HB yang rendah sangat.. memang doc kata maybe mami ada Thalassemia. Pergggghhhhhh Lepaih satu.. satu.. Sangat mengejutkan kot? But then bila dapat blood test result masa last check up hari tu doc cakap benda ni normal.. It just happen masa mengandung ja tapi jangan sampai drop lagi sudah la sebab HB ni function untuk bagi oksigen kat bebi dalam perut. Kalau HB tak cukup nanti banyak risiko yang nak kena tanggung. Risiko anemia/ HB rendah ni banyak la jugak..

  • Miscarriage
  • Nanti lahir bebi pre-mature
  • Bebi buleh mati dalam perut sebab tak cukup oksigen
  • Tumpah darah masa bersalin
  • Bebi lahir <2.5kg
  • Bebi lemas masa lahir
  • Pertumbuhan bebi terbantut masa dalam rahim

Banyak kan risiko dia? Jangan la jadi benda² ni ke atas diriku ini T.T Dannnn Lagi satu penyebab HB mami tak penah naik sebab mami skip makan iron tablet yang KK bagi. Dah la tak makan daging & ayam.. Iron tablet pun tak makan. Memang cari nahaih la pompuan niiiiii Ada skali tu tak amik sampai nak dekat seminggu kotttt Sebab.. Sebab.. Kalau makan pil tu mami mengalami kesukaran untuk berry sembelit.. Huuuu Memang hazab dek nonnnnn Makan pisang & betik macam makan nasi hari² pun tak membantu. So penyelesaian mudah mami stop amik iron tablet tu. Tapi effect anemia la plak. Susah kan? Amik susah. Tak amik pun susah T.T Last² mami try amik Iberet. Tu pun HB tak naik jugak. But then doc nasihatkan amik sebijik Iberet, sebijik folic acid & 2bijik iron tab hari². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu HB mami dah naik sikit. Dari 8.1% dah naik jadi 9.6%. Yay! So la ni nak kena berusaha bagi naik sampai 11%++



So bagi sapa² yang ada masalah low HB/ anemia ni mai dengaq orang saket ni saya nak bagi tips. First of all.. diet kena jaga. Nasi jangan amik banyak sangat.. Lebih kan lauk tambah² lagi sayuran hijau.. ayam & daging. Sebab makanan tu sumber penambah darah dalam badan kita. As for me yang alah dengan ayam & daging, nurse suruh saya makan ikan bilis, bayam merah, kerang & hati. Kerang memang saya tak makan sebab allergy. Hati plak euuuwww memang saya tak penah lalu nak makan walaupun kandungan iron dalam hati memang sangat tinggi. So bersumberkan ikan bilis & bayam hari² pun sangat tak membantu HB saya untuk naik sebab kandungan iron dalam makanan² ni tak setinggi daging & ayam. Jangan plak tak amik iron tab.. Sebab iron tab membantu naikkan HB. Kalau ada masalah sembelit better tukaq amik Iberet atau Obimin. Tu pun kena mintak kebenaran doc dulu. Jangan simply amik jaaa Sebab takut nanti ada effect lain plak kat bebi & mami. Kan susah? HEHE

P/S: Penulis hanya menulis berdasarkan pengalaman. Sila dapatkan nasihat pakar untuk maklumat lebih lanjut =)

Post a Comment