Monday, March 12, 2012

Alah, Mengalah & Teralah

Hover kan???? Orang lain buat 1 ja. KakWan buat sampai 3!!! Biasa la.. Guna pregnancy test stick muroh beli kat Watsons jaaa sebab tu buat banyak² sekali gus. Nak tengok result dia konsisten ka dak =P

La ni dah masuk 28week dah & I'm really busy doing nothing in these 28weeks. Buleh??? HAHA Actually KakWan memang alah nak mengadap PC lama² - Orang tak dak laptop or smart phone la kata kannnn T.T Daripada berlenguh pinggang duduk lama² depan PC, better berbaring belai perut sambil tengok TV ye dok? =P Memang terpaksa mengalah banyak la dengan bebi ni. Sabaq je la. Belog langsung tak berapdet.. Niat nak buat review pasai wedding kami dulu pun terbengkalai macam tu ja T.T FB pun sama. Jarang skali nak jenguk.. Apdet status 2-3minggu skali.. Dulu kalau buleh 2-3saat skali ada ja yg nak diapdet. Kan???

Start minggu ni KakWan baru nak merasa kemanisan 3rd trimester =) Bebi kat dalam ni pun still ada banyak minggu lagi (Insyaallah) spend time kat dalam ni nak berguling-guling, berpusing-pusing, bergolek-golek, menendang-nendang, buat somersault semua sampai mummy dia ni senak sorang² dok tahan saket. Kadang² sampai tak sure senak perut ni sebab bebi gerak ka atau sebab angin bepusing dalam perut sebab lapaq. Haih! Dugaannn Hakak redho dekkkk Anak punya pasai. Hehe

Tapi kalau nak ikutkan benda yang kat ataih tu tak la menduga sangat. Rasanya semua bakal ibu experience benda yang sama. Sebab once dah tau kata pregnant KakWan dapat dugaan yang lagi hebat dari tu kot? Sampai rasa mcm nak mintak doc gugurkan kandungan ni pun ada. Sementara still on the early stage kan? So kalau buleh buang better buang- Tu apa yang KakWan fikir la Astaghfirullah. Memang kena marah dengan Popo la masa bagitau tu. Dia kata orang lain tunggu bertahun-tahun nak dapat anak, kita ni bila Allah dah bagi rezeki nak buang plak (Sedihnya kena marah) T.T Tapi since this is my first baby, doc nasihatkan teruskan je selagi mampu. Takut nanti kalau dah tak buleh nak mengandung dah nanti lagi haru. Jenuh gigit jari. Huuu Tak mauhuuuuuuuuuu

So nak dijadikan cerita memang my first trimester experience memang tak best langsung la. Heran jugak mcm mana orang lain punya la excited mengandung. As for me, hari-hari muntah & tak lalu makan. Orang lain mengandung gaining weight gila-gila. Sampai buleh nampak nur kebahagiaan terpancar jelaih kat muka. Yang saya plak nak makan pun tak lalu, nasi sesudu pun susah nak telan. Last² Popo la yang abihkan. Tak pasai ja badan dia plak yang naik bagai dipam-pam. HAHA Memang berat badan dah tukaq jadi ringan badan. Setiap kali check up mesti maken ringan. Penah sekali tu hilang 5 kilo mcm tu ja dalam masa 2 minggu. Perghhhh Time aku dok diet dulu tak penah plak nak jadi lagu tu kan??? Risau memang la risau, takut nanti effect kat bebi. Tak cukup zat la apa kan? Popo memang tak larat nak paksa KakWan makan dah. Kesian kat dia. Dia takut orang kata dia tak bagi bini dia makan sampai kuruih tapi dia plak maken __________ (sila isi tempat kosong) HEHEHEHE

Sabaq la sat na? Nanti saya besaq la balikkkk

Alahan masa pregnant ni memang pelik kan? Bayangkan la saya yang dulu yang penggemar ayam & daging Badan pun dah mcm ayam daging tiba-tiba masa pregnant tak lalu nak makan dah lauk yang berasas ayam & daging. Tengok logo Mekdi & KFC pun tak lalu hokkayyyyyyy Sebab tu kot berat badan tiba-tiba buleh drop gila. Sebab dari penggila makan daging bertukaq jadi penggila makan seafood. Hari-hari nak tomyam seafooooood ja. Kopak duit laki aku. Heh! Dah tu lidah asyik nak makan makanan yang ada kat Penang ja. Makanan hat yang kat sini langsung tak kena selera. Hari-hari mengadu nak makan kat Kapitan, Pecelele, Nasi Ayam Nazir, Sandwich Taman Tun, Capati kat market Sbrg.Jaya, Char koey teow Adam & my ultimate craving is nak lunch kat Awet Muda makan sotong goreng tepung letak kuah masak lemak siput sedut & ulam timun. Perghhhhhhhhhhhhhhh Hang mampu? Aku memang tak mampu la nak balik Penang semata-mata nak makan semua tu. Kalau balik pun sempat singgah 2-3 kedai ja. Sekian.

Post a Comment